Saturday, January 10, 2015

#QZ8501: Gambar ekor pesawat yang berjaya diangkat dari dasar laut



#QZ8501: Gambar ekor pesawat yang berjaya diangkat dari dasar laut | Pasukan penyelam gabungan Tentera Laut Indonesia berjaya menaikkan ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dari dasar laut Selat Karimata, kira-kira 11.50 pagi tadi. Pemantauan Kompas.com dari kapal KRI Banda Aceh, belon yang digunakan untuk mengangkat ekor pesawat mulai terapung dan kelihatan ekor pesawat berwarna merah timbul. Misi mengangkat ekor pesawat ini bermula sejak Khamis lalu bagaimanapun terhalang akibat faktor cuaca dan arus deras. Awalnya, penyelam mengikat tali pada ekor pesawat dan kemungkinan peluang untuk menemui kotak hitam adalah besar.


Sementara itu, Tempo.com melaporkan, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) yakin pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) akan berjaya menemui kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dalam tempoh terdekat. Penyiasat KNKT Nurcahyo Utomo berkata, keyakinan itu berikutan banyak serpihan pesawat berjaya dikesan oleh pasukan BASARNAS dan kotak hitam berkemungkinan berada berhampiran dengan lokasi berkenaan. “Pasukan berkenaan juga mendapat pelbagai bantuan daripada agensi lain dan kerjasama itu dilihat mampu memudahkan pencarian kotak hitam bagi merungkai punca nahas pesawat terbabit.


“Sejak penemuan ekor pesawat beberapa hari lalu, ia memberi petunjuk kepada pasukan gabungan mencari dan menyelamat (SAR) untuk menggandakan usaha di sekitar kawasan terbabit,” katanya. Nurcahyo berkata, walaupun pencarian dasar laut agak sukar berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu selain arus deras dasar laut, namun perkara itu dilihat bukan halangan kepada pasukan gabungan SAR untuk melaksanakan misi mereka. Katanya, jika kotak hitam gagal ditemui, pihaknya akan melakukan analisis berdasarkan serpihan pesawat berkenaan termasuk memanggil pakar penerbangan dan bahagian teknikal AirAsia supaya dapat membuat gambaran terhadap nahas itu. -Metro




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!