Monday, January 12, 2015

Sekumpulan murid berusia 9 tahun merancang membunuh guru mereka



Sekumpulan murid berusia 9 tahun merancang membunuh guru mereka | Sekumpulan murid berusia sembilan tahun didakwa merancang membunuh guru mereka dengan sabun pembersih tangan dalam bilik darjah mereka selepas mereka dimarahi guru berkenaan. Murid itu percaya guru terbabit alah kepada sabun berkenaan. Polis tempatan menyiasat kes itu dengan bantuan pihak berkuasa di Sekolah Rendah Elba. Bagaimanapun mereka menutup kes itu selepas mendapati jenayah itu dirancang, tetapi tidak dilaksanakan.

Menurut laporan, sekolah itu diberi pilihan untuk merujuk kes terbabit ke mahkamah remaja. Bagaimanapun pihak sekolah memutuskan untuk menyelesaikannya sendiri. Mengulas mengenai kejadian itu, Syerif Genesee County Jerome E Brewster berkata: “Murid itu mengetahui guru mereka alah kepada sabun pencuci tangan antibakteria dan mereka mula bercakap mengenainya kerana tidak sukakan guru berkenaan.” - Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!