Sunday, November 8, 2015

KERANA AKU UNTUKMU - ACIK LANA

   

KERANA AKU UNTUKMU - ACIK LANA | Darriz Imdad jatuh cinta buat kali pertama kepada Zenia, malangnya Zenia adalah merupakan isteri orang, iaitu isteri kepada lelaki bernama Fakhry. Luluh hati Darriz hanya Tuhan yang tahu, lalu dia cuba melupakan perasaan indah itu sehinggalah dia sendiri melihat sikap kasanova Fakry dan layanan kasar Fakry terhadap Zenia. Sungguh Darriz terkejut dengan nasib yang menimpa Zenia. Dan bagi Zenia pula, perkahwinan tanpa cinta selama 2 tahun membuatkan dia benar-benar tertekan disebabkan Fakhry seorang kaki pukul dan gemar berpoya-poya malah berani berzina dirumah mereka.

Dalam satu insiden serius, membuatkan mama Fakhry dapat tahu kelakuan melampau anaknya, dan Fakhry di minta untuk 'melepaskan' Zenia. Kehidupan Zenia selepas bercerai tidaklah semudah yang disangka disebabkan Fakhry tetap mengejar dan mengugut untuk kembali bersamanya. Kehadiran Darriz yang berani membuatkan Zenia benar-benar terharu dan nekad untuk meraih bahagia yang selama ini diidamkan. Namun nampaknya kebahagiaan itu masih belum menjadi milik Zenia.. Dia diduga lagi..



Tajuk : Kerana Aku Untukmu
Penulis : Acik Lana
Halaman : 827 muka surat
Harga : RM35/RM38





 P/S - Recommended By Lulu Caldina





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!