Tuesday, April 2, 2019

Nabila Huda dedah alami keguguran selepas empat tahun menanti



Nabila Huda dedah alami keguguran selepas empat tahun menanti | HASRAT pelakon Nabila Huda untuk menimang cahaya mata hasil perkahwinan dengan suaminya, Mohd Izwan Johar tidak kesampaian selepas dia mengalami pendarahan teruk. Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 34, berkata dia mengetahui berita sedih itu selepas dimaklumkan doktor selepas melakukan beberapa ujian darah baru-baru ini. "Tadi skrol foto album dekat telefon nampak video ni... Terus saya nak kongsi momen berharga yang saya rahsiakan dengan anda. “Masa Abil tau positif, Abil teruja sangat nak kongsi berita ni dekat anda semua! Tapi macam nak buat kejutan lambat sikit. Inilah saat yang paling manis, gembira, sedih semua ada! Semua dalam satu! "Saya dah tunggu saat ini hampir empat tahun... tapi apa kan daya, saya tumpah darah yang sangat teruk sampai hari ini dan dah pergi buat ujian darah sekali lagi, dapat keputusan yang ia sudah tiada," katanya.

Nabila berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin. Anak kepada penyanyi Amy Search ini memberitahu dia berasa sangat sedih dengan kehilangan itu namun reda dan menganggap perkara itu sebagai bukan rezeki dia menimang cahaya mata. "Belum ada rezeki lagi lah ni. Allah nak bagi peluang saya berbulan madu lagi agaknya!

"Ya, sudah tentu saya sedih. Terlalu sedih. Tapi kan, kenapa perlu bersedih dan menangis sedangkan orang yang sentiasa membahagiakan kita ada depan mata. "Mereka masih ada... Lebih baik hargai waktu yang ada ni sepuas-puasnya. Sekurang-kurangnya dapat juga kami berdua rasa momen menjadi bakal ibu dan ayah walaupun sekejap sahaja. Jadilah,” ujarnya. Nabila berkahwin dengan Mohd Izwan Johar pada 26 Disember 2015. Sebelum itu, pelakon filem Rempit Sampai Langit pernah berkahwin dengan Zaidi Zailaini dan bercerai pada Ogos 2011. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Keisha Laila, yang kini berusia 9 tahun. -Mstar




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!