Showing posts with label Kesihatan/penyakit. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan/penyakit. Show all posts

Friday, May 3, 2019

Remaja ini umpama tinggal dalam dunia 'Alice In Wonderland'



Remaja ini umpama tinggal dalam dunia 'Alice In Wonderland' | Ingatan seorang remaja perempuan terpadam setiap hari selepas dia bangun daripada tidur ekoran kecederaan yang dialaminya di bahagian kepala dua tahun lalu. Caitlin Little, 16, berasal dari bandar ini disahkan menghidapi masalah amnesia anterogred hingga mengakibatkan dia gagal menyimpan ingatan baharu. Lebih malang, otaknya akan memadam memori dikumpulkan setiap hari apabila dia tidur pada waktu malam. Gadis itu juga gagal mengingati semula perkara yang berlaku pada hari sebelumnya.

Akibat penyakitnya itu, kakaknya Sarah berkata, keluarga mereka terpaksa membuat nota mengenai semua perkara di rumah untuk membantu Caitlin mengharungi aktiviti hariannya. “Ia bagai tinggal di dunia Alice in Wonderland kerana terdapat nota ‘makan saya’, ‘minum saya’ dan ‘guna ini’. Begitu banyak nota ditampal di dalam rumah,” kata Sarah. – Agensi





.

Wednesday, April 3, 2019

Lelaki buat lesen guna kertas tulisan tangan kerana terlalu malas masuk kelas memandu



Lelaki buat lesen guna kertas tulisan tangan kerana terlalu malas masuk kelas memandu | POLIS trafik di bandar Liuzhou, China terkejut selepas menahan seorang penunggang motosikal apabila mendapati lesen memandunya merupakan kertas tulisan tangan. Lesen tersebut turut ditampal dengan gambar penunggang motosikal itu. Dokumen rasmi palsu sering berlaku di mana-mana negara, tetapi dalam kebanyakan kes, mereka sedaya-upaya untuk memastikan pemalsuan tersebut kelihatan tulen. Penunggang motosikal bernama Tang itu kelihatan tenang sewaktu ditahan polis dan diminta untuk menunjukkan dokumennya. "Dia terlalu tenang semasa mengeluarkan lesennya. Kulit lesennya itu seperti yang sebenar, tetapi saya terkejut bila melihat di dalamnya," kata seorang polis trafik kepada Pear Video.

Di dalamnya merupakan sekeping kertas yang diambil dari buku nota sekolah, dengan butiran yang berkaitan serta gambar pemiliknya. Ditanya polis sama ada ia sekadar gurauan, Tang dengan tenang menjelaskan bahawa dia terlalu malas untuk memasuki kelas memandu untuk mendapatkan lesen. Dia juga tidak mahu mengeluarkan wang bagi memperoleh lesen itu, maka penyelesaiannya adalah membuat dokumen tersebut sendiri dengan tulisan tangan berbanding tidak mempunyai sebarang dokumen. "Sudah bertahun-tahun saya menjadi polis, tetapi saya tak pernah lihat lesen memandu seperti ini. Sungguh melucukan," kata salah seorang polis trafik. Dilaporkan, motosikal Tang dirampas polis akibat insiden itu dan dia diminta untuk membuat laporan di jabatan trafik keesokan hari. - odditycentral




.

Monday, December 17, 2018

Lelaki alami jangkitan paru-paru selepas gemar hidu stoking setiap hari



Lelaki alami jangkitan paru-paru selepas gemar hidu stoking setiap hari  | SEORANG lelaki dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kulat yang teruk pada paru-parunya, dipercayai akibat perbuatan menghidu stoking pada setiap hari. Dilaporkan, lelaki dari Zhangzhou, China itu akan mencium stokingnya setelah habis bekerja setiap hari. Dia akan pulang ke rumah dan menukar kepada pakaian yang lebih selesa tetapi akan menghidu stoking yang dipakainya sepanjang hari.Dia mendapat jangkitan itu daripada kulat yang terbentuk di kasutnya kerana disebabkan oleh peluh. Jangkitan itu kemudian merebak ke bahagian paru-parunya.


 Lelaki itu dimasukkan ke hospital sebagai kes kecemasan dan sinar X yang dilakukan mengesahkan bahawa dia mengalami jangkitan paru-paru yang teruk. Laporan perubatan mengesahkan ia berpunca daripada tabiatnya menghidu stoking sendiri. - Mirror UK




.

Thursday, November 29, 2018

Misteri perut besar seperti sedang hamil kembar tujuh terjawab selepas buat imbasan



Misteri perut besar seperti sedang hamil kembar tujuh terjawab selepas buat imbasan | KEELY Favell diasak soalan bila akan bersalin apabila perutnya semakin membesar, sehingga berasa malu dengan keadaan itu. Ujian kehamilan menunjukkan dia tidak hamil dan hanya berat badannya bertambah. Cakap-cakap mengenai saiz perutnya berterusan sehingga dia berulang kali berjumpa dengan doktor. Walaupun ujian kehamilan masih menunjukkan tanda negatif, dia masih yakin hamil adalah sebabnya sehingga dia terpaksa melakukan imbasan ultrabunyi. Tanda-tanya mengenai perutnya itu akhirnya terjawab apabila ia sebenarnya adalah ketumbuhan ovari seberat 26 kilogram, menyamai berat tujuh bayi yang baru lahir. Keely yang berusia 28 tahun menjalani pembedahan selama lima jam untuk mengeluarkan ketumbuhan itu.


"Saya tidak dapat membayangkan betapa sukarnya meskipun perkara mudah seperti memandu kereta dan menaiki tangga. "Hilang ketumbuhan memberikan kehidupan seperti sedia kala," katanya.Keely yang menjalinkan hubungan bersama pasangannya, Jamie Gibbins selama 10 tahun pernah terfikir beberapa kali sekiranya dia hamil. "Tapi kami melakukan ujian kehamilan sekurang-kurangnya tiga kali di rumah, tetapi jawapannya negatif," katanya. Menganggap ia penambahan yang normal, dia mengandung 'ketumbuhan' itu dengan berat 26 kilogram. Akibat pembedahan itu, Keely mempunyai parut sepanjang 30 sentimeter tetapi dia dapat kembali berjalan seperti biasa. "Saya rasa sakit ketika itu tetapi dapat kembali jalan seperti biasa begitu menakjubkan!," katanya. - Mirror Online




.

Murid disisihkan selepas guru sangka penyakit kanser adalah penyakit berjangkit



Murid disisihkan selepas guru sangka penyakit kanser adalah penyakit berjangkit | TINDAKAN seorang guru di sebuah sekolah rendah di China mendiskriminasi pelajarnya yang menderita kanser akhirnya membawa padah. Guru berkenaan menyuruh murid itu duduk bersendirian di belakang kelas dan tidak membenarkannya mengambil ujian seperti rakan sebaya yang lain. Guru bahasa itu dikatakan kurang senang dengan budak itu sejak dia dipindahkan ke Sekolah Rendah Liancheng, di Quanzhou, wilayah Fujian pada September kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi untuk penyakit kanser limfoma Non-Hodgkin. Diskriminasi terhadap budak berusia 13 tahun itu berlaku kerana guru berkenaan sebenarnya salah faham apabila menganggap penyakit yang dihidapi kanak-kanak itu boleh berjangkit.

Malahan, bukan guru itu saja, tetapi ada juga ibu bapa murid di sekolah berkenaan yang bertanggapan sedemikian hingga bertindak memindahkan anak mereka ke sekolah lain. Sejak itu, guru berkenaan telah mengasingkan budak lelaki yang bernama Zhou, dengan menempatkannya di belakang kelas dan melarangnya mengambil peperiksaan. Pada mulanya, Zhou merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu bapanya kerana tidak mahu mereka bimbang, tetapi setelah pulang tanpa keputusan peperiksaan bahasa, bapanya mula menyoalnya hingga membuatkan dia tiada pilihan, selain memberitahu kejadian sebenar.

Murid itu juga berkata, gurunya, yang juga bernama Zhou, telah mengasingkannya dan menempatkannya di belakang kelas untuk mencegah penyakitnya berjangkit kepada kanak-kanak lain. Perbuatan guru itu menyebabkan dia terlepas tiga peperiksaan tahunan. "Anak saya hanya duduk di belakang selama 45 minit ketika peperiksaan," kata bapa Zhou kepada wartawan media tempatan. Susulan kejadian itu, difahamkan guru bahasa itu telah diarah bercuti dan pangkat naib pengetuanya telah digantung. Selepas mengetahui tentang layanan yang tidak adil kepada pelajar, Biro Pendidikan Hui'an County memulakan siasatan dan menuntut agar Zhou dibenarkan duduk dan mengambil peperiksaan. Bapa kepada murid itu juga memuat naik kisah anaknya ke media sosial, dengan foto dan video dari rakan sekelas hingga menarik perhatian ramai. - Oddity Central




.

Wednesday, September 26, 2018

Wanita bersalin sendiri selepas seminggu bayi mati dalam kandungan kerana staf hospital sibuk



Wanita bersalin sendiri selepas seminggu bayi mati dalam kandungan kerana staf hospital sibuk  | SIASATAN sedang dijalankan selepas seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya yang mati dalam kandungan seorang diri di Hospital Rotorua, New Zealand. Tidak cukup dengan itu, dia kemudian terpaksa memegang bayinya yang mati itu selama 25 minit tanpa diberikan rawatan perubatan. Pada 1 Mac, Jamie Bowman dimaklumkan bahawa imbasan menunjukkan jantung bayinya telah berhenti berdegup. Dia diminta untuk pergi ke Hospital Rotorua, tetapi sebaik tiba di sana, dia disuruh pulang ke rumah kerana tiada kakitangan yang berkelayakan. Dia mengambil ubat untuk menggugurkan kandungan lima hari kemudian dan akhirnya melahirkan bayi itu pada 8 Mac di hospital yang sama. "Pada masa itu, bayi sudah mati dalam kandungan tanpa siapa tahu sudah berapa lama, tetapi sudah beberapa hari sejak ia diketahui, jadi saya menunggu selama seminggu ketika anak saya sudah mati," katanya kepada Stuff. Kematian dalam kandungan sebegini disebut 'lahir mati'.


Selepas tiba di hospital untuk melahirkannya, dia diberitahu bahawa jururawat bertukar syif dan hanya dapat membantunya apabila mereka dapat berbuat demikian. Bowman terpaksa melahirkan bayinya tanpa bantuan perubatan dan hanya ditemani ibunya. Selepas itu, dia duduk memegang bayinya yang telah mati selama 25 minit. Ibunya keluar dari bilik sambil 'memegang bedpan yang diletakkan bayi meninggal dunia itu dan berlumuran darah' tetapi kakitangan masih berkata mereka sibuk dan tidak mempunyai masa. "Kesukaran dalam seluruh proses adalah satu perkara yang menyedihkan dan mengerikan. Saya berasa benar-benar kecewa dengan sistem kesihatan," kata Bowman kepada Stuff. "Tidak siapa pun yang peduli tentang apa yang telah saya lalui dan tidak ada sesiapa yang sanggup membantu. Jijik apabila ada orang yang tergamak melayan ibu bersalin dengan cara ini dan hanya melupakannya." Lembaga Kesihatan Lakes District berkata pihaknya kesal apabila pesakit tidak mendapat pengalaman yang baik dalam lawatan mereka. Aduan Bowman sedang disiasat. -AP




#bayimatidalamkandungan #melahirkananak




.

Tuesday, September 18, 2018

Anak buat laporan polis selepas jururawat enggan tolong ibunya yang tinggal di kerusi hospital



Anak buat laporan polis selepas jururawat enggan tolong ibunya yang tinggal di kerusi hospital  | SEORANG anak terpaksa membuat laporan polis selepas jururawat di sebuah hospital enggan merawat seorang pesakit yang mengidap kencing manis. Debbie Petinou,59, yang dimasukkan ke sebuah hospital di London dibiarkan tanpa layanan yang sepatutnya oleh jururawat yang bertugas. Malah dia terpaksa juga terpaksa duduk di atas kerusi lebih dua minggu memandangkan pihak hospital tidak menemui sebarang katil bersesuaian untuknya. Ia menyebabkan kaki Petinou menjadi semakin teruk gara-gara terlalu lama duduk.Petinou yang mempunyai berat badan 139 kilogram berkata, dia hilang sabar dan terpaksa menghubungi anak-anaknya.



"Ia bukan pertama kali terjadi. Selalu berlaku. Saya menghubungi anak dan dia cuba berbincang dengan staf , namun mereka terus menjerit dan meletak telefon," jelasnya. Selepas itu, keluarga Petinou membuat laporan polis di atas tindakan pihak hospital itu. Laporan polis itu kini diserahkan kepada kebajikan sosial dan akan didakwa berkaitan dengan gagal memberi perlindungan kepada orang dewasa. -AP



#layananpihakhospital #laporanpolis




.

Tuesday, September 11, 2018

Budak sering jatuh ini rupanya ada tumor dan jangka hayat hanya 9 bulan



Budak sering jatuh ini rupanya ada tumor dan jangka hayat hanya 9 bulan  | SI cilik berusia empat tahun ini memang comel, seperti mahu digomol dan dicubit-cubit pipinya. Pada Julai lalu, ketika bermain budak lelaki ini sering kali terjatuh, sama ada berjalan atau ketika mengayuh basikal. Atticus Feduchin-Pate bagaikan hilang keseimbangan diri hingga menyebabkan benjol di kepalanya. Susulan itu, ibu bapanya membawa si kecil yang murah dengan senyuman itu untuk menjalani pemeriksaan doktor. Namun, begitu mengejutkan apabila kata doktor dia hanya ada sembilan bulan untuk hidup. Bapanya, Blaize dari Whitchurch, Hampshire berkata, seminggu sebelum didiagnosis, mereka mendapati Atticus begitu cemerkap. "Memang tidak disangka, perlakuannya itu sebenarnya berpunca daripada tumor yang boleh membawa maut.


 "Tambah menyedihkan apabila ketumbuhan itu tidak dapat dibuang menerusi pembedahan kerana kedudukannya pada otak Atticus begitu berbahaya," kata bapa berusia 42 tahun ini. Kini bersama ibu Atticus, Emily, 37, pasangan ibu bapa ini cuba menyebarkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa supaya lebih prihatin dengan keadaan anak-anak. "Ketika ini, kami memberi apa sahaja yang terbaik untuk Atticus meneruskan kehidupannya , selain memupuk kesedaran kepada umum," katanya Blaize. Atticus kini mengambil ubat yang masih dalam kajian sebagai sumbangannya untuk pesakit lain pada masa depan. "Kami tahun ia mungkin tidak dapat menyelamatkannya, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu pihak perubatan memantau kesihatannya untuk manfaat pesakit lain," katanya. Anak sulung daripada dua beradik ini juga diberi ruang untuk meluangkan masa bersama adik perempuannya, Hemploe yang baru berusia setahun.-Metro.uk.co



 #menghidaptumor #seringjatuh




.

Wednesday, September 5, 2018

Pemilik restoran haramkan kanak-kanak bawah 14 tahun masuk premisnya kerana rimas



Pemilik restoran haramkan kanak-kanak bawah 14 tahun masuk premisnya kerana rimas | SEORANG pemilik restoran dikecam kerana mengharamkan kanak-kanak berusia bawah 14 tahun masuk ke premisnya selepas jam 5 petang. Rudolf Markl, pemilik Oma's Küche (dapur nenek), sebuah restoran tradisional di Binz, di sebuah pulau di Jerman memutuskan larangan itu kerana rimas dengan perangai kanak-kanak yang suka meragam atau menimbulkan kekecohan. Dia meletakkan papan tanda berhampiran pintu masuk restoran supaya pelanggan tahu bahawa pada waktu petang, Oma's Küche hanya dibuka untuk orang dewasa. Walaupun dituduh diskriminasi, Markl berkata dia telah mengambil masa yang lama untuk berfikir tentang perancangannya ini sebelum keputusan dibuat. "Kami sampai pada satu tahap berfikir 'ini tidak boleh dibiarkan'," kata Markl kepada agensi berita Jerman DPA baru-baru ini. "Kami berada di sini bukan untuk membesarkan anak-anak, tetapi untuk memberi layanan kepada tetamu kami."


Markl memberitahu pemberita bahawa tingkah laku kanak-kanak dan ibu bapa mereka semakin bertambah buruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kanak-kanak akan menarik alas meja, menjatuhkan gelas wine atau berlari ke arah ke pelayan yang sedang membawa dulang atau pinggan, sementara ibu bapa mereka hanya membiarkan sahaja malah tersenyum melihat tingkah laku anak masing-masing.Kemuncaknya berlaku baru-baru ini, apabila sebilangan kanak-kanak merosakkan barang-barang di restoran itu, menyebabkan beberapa gambar antik rosak. Pemangku ketua jabatan pejabat anti-diskriminasi Jerman Bernhard Franke memberitahu n-tv bahawa keputusan Markl untuk mengharamkan kanak-kanak 14 tahun dan atau yang lebih muda untuk masuk ke restorannya pada waktu tertentu wajar dipersoalkan. Dia mendakwa pemilik mesti mempunyai alasan yang serius untuk menolak kemasukan pelanggan kategori tertentu dan alasan seperti suka buat bising sehingga mengganggu tetamu lain tidak cukup kuat.

Pemilik Oma's Küche menafikan tuduhan diskriminasi, menyatakan langkah itu bukan bermaksud menghukum kanak-kanak, tetapi lebih kepada ibu bapa yang tidak tahu mengawal anak mereka. Markl menambah dia mahu restorannya menjadi sebuah tempat yang damai untuk tetamunya dan kanak-kanak yang suka berlari dan menimbulkan kekecohan sepanjang masa akan menjadikan impiannya mustahil dicapai. Keputusan untuk mengharamkan kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dari sebuah restoran telah mencetuskan kontroversi dalam media Jerman. Walaupun ada yang menganggap langkahnya sebagai melampau atau diskriminasi, Markl mendakwa ramai pelanggan tetapnya memuji keputusannya. Tahun lepas, pemilik restoran mewah Itali di Mooresville, North Carolina, juga mendapat perhatian media kerana mengharamkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun. -AP



#pemilikrestoran #karenahbudakkecil



.

Monday, August 27, 2018

Lelaki ini sanggup bertindak keterlaluan untuk memastikan kemahuan teman wanita tidak dipenuhi



Lelaki ini sanggup bertindak keterlaluan untuk memastikan kemahuan teman wanita tidak dipenuhi  | LELAKI sering berusaha untuk memenuhi kehendak kekasihnya, tetapi kisah ini menunjukkan seorang lelaki sanggup bertindak keterlaluan untuk memastikan kemahuan teman wanita tidak dipenuhi dan dalam masa sama dirinya tidak dipersalahkan. Awal bulan ini, seorang lelaki bernama Tang, dari Chengdu, China, berjanji kepada teman wanitanya bahawa dia akan membelikannya sebuah kereta mewah. Sejak itu, teman wanitanya sering bercakap tentang kereta tersebut dan janji yang telah dibuat oleh Tang. Masalah timbul kerana Tang tidak mempunyai cukup wang, justeru dia terpaksa mencari jalan keluar dari kemelut ini. Bagaimanapun jalan penyelesaian yang dipilihnya sangat keterlaluan! Pada 16 Ogos, lelaki itu membawa teman wanitanya yang hanya dikenali sebagai Yang dan dua saudara lelakinya ke sebuah pengedar kereta di Chengdu, kononnya untuk membawa pulang kereta tersebut.


Tang memberitahu bahawa dia sudah membayar sebanyak 10,000 yuan (RM6,011) dari harga 700,000 yuan (RM420,794) kereta itu. Pada satu ketika dia meminta mereka menunggunya di dalam premis tersebut sementara menunggu dia pergi mengeluarkan wang tunai. Tetapi Tang tidak pergi mengeluarkan wang sebaliknya berlari ke sebuah pasar raya berdekatan dan membeli pisau berharga 15 yuan (RM9).Dia kemudian menggunakan pisau itu untuk memotong tangannya sendiri sebelum memanggil teman wanitanya dan memberitahunya bahawa dia telah dirompak dan wangnya sebanyak 750,000 yuan (RM450,851) telah dibawa lari. Tang berharap teman wanitanya berasa lega kerana dirinya selamat, tetapi dia dan saudaranya segera menghubungi polis dan kemudian membawanya ke hospital.

 Malangnya kisah sebenar terbongkar ketika soal siasat. Yang memberitahu polis bahawa teman lelakinya memberitahu bahawa dia berasal dari keluarga yang sangat kaya, tetapi hakikatnya dia hanyalah seorang lelaki biasa. Selepas mendapat maklumat ini, polis tidak mengambil masa yang lama untuk mengetahui bahawa Tang telah merancang keseluruhan kejadian dan dia akhirnya turut mengakuinya. Tang didenda 500 yuan kerana menipu pihak berkuasa dan akan menjalani hukuman penjara 10 hari. Tidak jelas sama ada Yang akan menunggu Tang keluar selepas mengetahui cerita sebenar. -Shanghaiist




#kekasihhati




.

Tuesday, August 14, 2018

Lelaki dewasa menderita terperangkap dalam badan budak berusia 12 tahun



Lelaki dewasa menderita terperangkap dalam badan budak berusia 12 tahun | SEORANG lelaki berusia 25 tahun menceritakan penderitaannya apabila dirinya terperangkap dalam badan budak berusia 12 tahun. Tomasz Nadolski, dari Olesnica, Poland, mengalami keadaan genetik yang dikenali sebagai penyakit Fabry, yang menjejaskan buah pinggang, jantung dan kulitnya. Ia juga menyebabkan pembentukan sejenis lemak yang menyebabkan tubuh mengalami gangguan untuk proses metabolisme molekul lemak. "Saya berumur 25 tahun dan saya ingin kelihatan seperti seorang lelaki yang sepadan dengan usia saya. Saya benci 'budak lelaki ini' yang saya lihat setiap hari di cermin, kerana dia bukan saya," katanya. Ketika berumur tujuh tahun, Nadolski mula muntah setiap kali selepas makan dan mula menderita sakit di bahagian perut, tangan dan kakinya. Doktor tidak dapat mengenal pasti penyakitnya dan mengesyaki masalah ini mungkin lebih cenderung kepada penyakit mental, bukan fizikal dan mengesyorkan dia makan lebih banyak.


Katanya, keadaan itu menjadikan saudara-maranya masih melayannya sebagai seorang kanak-kanak."Bila saya di rumah, saya hanya duduk di bilik dan menghabiskan masa bersendirian. "Saya rasa sepi dan saya kurang mendapat sokongan keluarga dan inilah yang saya lalui selama bertahun-tahun. Penyakit ini telah memusnahkan hubungan keluarga kami." Katanya, penyakit itu juga mempengaruhi kehidupan sehariannya kerana orang sekelilingnya menolak untuk menerima hakikat tentang usia sebenar dirinya. "Saya sering menderita sedih. Apabila saya tunjukkan kad pengenalan di pejabat atau jika polis menahan saya, mereka tuduh saya guna kad palsu," katanya. Dia hidup dengan bantuan bernilai £160 sebulan manakala ubatnya bernilai hampir £170,000 setahun.

Dia bernasib baik kerana pengeluar rawatan mahal untuk penyakit itu bersetuju untuk membekalkannya ubat-ubatan secara percuma. Masalah perutnya yang teruk bermakna dia tidak boleh makan dan dia harus bergantung dengan drip selama 20 jam sehari supaya dia dapat mengambil makanan yang mencukupi. Dia juga memerlukan ubat tahan sakit. Keadaan kakinya menyebabkan dia terpaksa memakai kasut khas. "Saya sakit pada sendi, tulang dan otot. Setiap inci badan menyakitkan saya. Saya tak dapat tidur dan hidup dengan normal." -MetroUK



#penyakitaneh #TomaszNadolski





.

Friday, August 10, 2018

Kerana ketagih Pokemon Go warga emas sanggup pacak 11 telefon pintar pada basikal



Kerana ketagih Pokemon Go warga emas sanggup pacak 11 telefon pintar pada basikal  | TIADA siapa dapat menandingi kecintaan seorang warga emas ini terhadap aplikasi permainan Pokemon Go. Chen San-yuan, 70, menggunakan 11 telefon pintar bagi menangkap haiwan Pokemon tersebut.Gambar menunjukkan dia berada di kawasan taman di bandar New Taipei City, Taiwan dengan pemandangan luar biasa tersebar di media sosial. Lelaki itu memasang kesemua telefon pintar itu ke basikalnya dan ia dilengkapi dengan caj bateri untuk menangkap Pokemon di taman tersebut.Menurut laporan Metro UK, San-yuan terlalu menggemari aplikasi permainan tersebut dan kadangkala dia tidak pulang ke rumah sehingga pukul 4 pagi. Sekiranya anda merasakan 11 telefon pintar itu satu angka yang melampau, San-yuan nampaknya masih belum merasakan ia mencukupi.



San-yuan yang dikenali sebagai 'Pak Cik Pokemon' mahu menjadikannya sebanyak 15 telefon pintar pada satu-satu masa. Ia bermakna, dia sanggup membayar lebih bil telefon yang kini sudah pun mencecah RM6,108 sebulan. Namun, San-yuan menganggap ia sebagai pelaburan yang berbaloi kerana permainan itu membantunya merawat penyakit Alzheimer yang dihidapinya. -AP



#pokemongo #ketagih



.

Thursday, August 2, 2018

Dua tumor gergasi seberat 35kg daripada ovari seorang wanita berumur 60 tahun berjaya dikeluarkan



Dua tumor gergasi seberat 35kg daripada ovari seorang wanita berumur 60 tahun berjaya dikeluarkan | Sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan dua tumor gergasi seberat 35 kilogram (kg) daripada ovari seorang wanita berumur 60 tahun di sini baru-baru ini. Ketumbuhan itu dilaporkan merangkumi kira-kira 80 peratus saiz abdomen badan Arati Adhikary, 60, dari Kanchrapara di sini dan wanita itu dianggap bertuah kerana masih hidup. Adhikary dirujuk ke Kolej Perubatan dan Hospital JNM di sini kira-kira 10 hari lalu akibat kesakitan teruk pada bahagian abdomen. Doktor yang menjalankan pemeriksaan ultra bunyi terkejut menemui tumor gergasi pada kedua-dua ovarinya.


Pakar bedah ginekologi, Dr. Mriganka Mouli Saha mengetuai pembedahan selama beberapa jam itu dengan bantuan enam doktor lain. “Salah satu tumor adalah seberat lebih 20kg manakala satu lagi ialah 15kg. Jumlah berat keseluruhan tumor ialah 35.4kg,” katanya. Adhikary kini dilaporkan semakin pulih dan ditempatkan di bawah pemerhatian doktor. Dia dibenarkan pulang dalam tempoh seminggu lagi. – Agensi



#tumordalamovari #abdomenbadan



.

Wednesday, July 25, 2018

Doktor menemui lebih 100 telur cacing pita dalam otak budak 8 tahun selepas mengadu sakit kepala yang teruk



Doktor menemui lebih 100 telur cacing pita dalam otak budak 8 tahun selepas mengadu sakit kepala yang teruk | SEKUMPULAN doktor di New Delhi mendapati otak budak perempuan berusia lapan tahun dijangkiti lebih 100 telur cacing pita. Ibu bapa kanak-kanak itu menghantar anak mereka ke Hospital Fortis selepas dia mengalami sakit kepala yang teruk dan serangan epilepsi selama enam bulan. Laporan media tempatan menyatakan kanak-kanak itu pada awalya didiagnosis dengan neurocysticercosis. Imbasan menunjukkan kehadiran lebih daripada 100 cyst di dalam otaknya. Telur cacing pita itu masuk ke otaknya melalui aliran darah dari perut. Telur-telur itu menyebabkan otaknya bengkak sehingga dia perlu berterusan mengambil steroid sehingga beratnya mencecah 44 pound. "Imbasan otak menunjukkan lebih dari 100 titik putih, yang terbentuk disebabkan oleh telur cacing pita. "Jangkitan seperti itu berlaku apabila kita secara tidak sengaja makan makanan yang dipenuhi cacing pita.


"Apabila telur mencapai otak melalui sistem saraf, ia menyebabkan neurocysticercosis, yang menunjukkan gejala sakit kepala teruk, kejang epilepsi dan kekeliruan," kata Pengarah Neurologi Hospital Fortis Dr. Praveen Guptamengikut kepada Times of India. Doktor itu berkata, kanak-kanak itu hampir tidak sedarkan diri apabila dia dimasukkan ke hospital. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf jangkitan cacing pita pada sistem saraf pusat sebagai punca utama epilepsi.

"Pencerobohan cacing otak berpunca daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan daging kurang masak yang dijangkiti oleh cacing pita," kata Dr. Gupta. Dalam kes yang jarang berlaku, cacing pita boleh menyebabkan komplikasi serius seperti menyekat usus, atau saluran yang lebih kecil di dalam usus. Ia boleh bergerak lebih jauh dari perut ke bahagian badan lain, termasuk otak. "Kami sama sekali tidak sangka bahawa anak perempuan kami yang sihat dan ceria boleh mendapat penyakit seperti ini, tetapi saya fikir kami sangat bertuah kerana sempat mendapatkan rawatan yang betul," kata bapa kanak-kanak ini. -AP



#cacingpita #cacingdalamotak




.

Bekas bintang pop mahu saman hospital selepas pembedahan payudara 'tak jadi'



Bekas bintang pop mahu saman hospital selepas pembedahan payudara 'tak jadi' | KETIKA May Jeeranan menjalani pembedahan implan payudara pada Disember lalu, dia tidak pernah membayangkan pembedahan yang dilakukan di hospital di Seoul itu hampir meragut nyawanya. Kini dia mahu mencari keadilan berhubung kes ini. Bintang pop tahun 2000 itu merancang untuk menyaman sebuah hospital di Korea Selatan dan semua pihak yang terlibat dengan menuntut pampasan sebanyak THB20 juta (kira-kira AS$600,000). Tindakan itu diambil selepas dia terkena jangkitan darah akibat pembedahan pembesaran payudaranya, menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan intensif dan dijangka hanya mempunyai 10 peratus peluang untuk hidup. Mengambil tindakan undang-undang adalah sebahagian daripada jalan untuk Jeeranan memulihkan fizikal, emosi dan kewangannya, kata peguamnya Wanchai Sornsiri, kepada Coconuts Bangkok.


Sasaran tuntutan mahkamah yang dirancang termasuklah hospital di Korea Selatan di mana pembedahan dilakukan, serta hospital KTOP di Bangkok dan ejen Thailand yang membantu dalam urusan pembedahan. "Kami masih menyediakan bukti untuk memfailkan saman terhadap hospital Korea dan Thailand, serta ejen Thailand," kata Wanchai. Pasukan peguamnya tidak tergesa-gesa untuk memuktamadkan tarikh pemfailan, katanya, sambil menyatakan mereka sedang membuat persediaan teratur dalam masa satu tahun.Sementara itu, Jeeranan masih menjalani terapi fizikal harian untuk pergerakan bahu dan lengannya yang hanya terhad kepada '90-180 darjah' selepas tiga pembedahan untuk mengeluarkan silikon dari payudaranya dan untuk menstabilkan luka teruk akibat jangkitan. Bekas bintang pop itu telah dimaklumkan oleh doktornya bahawa dia mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya dan tidak dapat menyusukan bayi. "Doktor tidak pasti jika fleksibiliti 360 darjah pergerakan tangan saya akan pulih seperti biasa, tetapi ia sekurang-kurangnya akan mengambil masa 6 bulan ke setahun," katanya kepada Coconuts.

"Buat masa ini, payudara saya rasa kebas. Saya juga mempunyai luka besar di dada, menurut doktor ia mengambil masa satu atau dua tahun untuk sembuh." Walaupun dia telah mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan kosmetik untuk mengubah keadaannya, tiada apa yang boleh dilakukan selagi lukanya belum sembuh sepenuhnya, kata Jeenanan. KTOP menolak permintaan Coconuts untuk mendapatkan komen. Wanchai berkata pasukannya juga memfailkan aduan dengan institusi kerajaan yang berkaitan termasuk Majlis Perubatan Thailand, Kementerian Kesihatan Awam, Kementerian Pelancongan dan Sukan dan Pejabat Lembaga Perlindungan Pengguna, dengan harapan organisasi-organisasi ini akan memberi perhatian terhadap industri pembedahan kosmetik yang menguntungkan ini serta pengiklanannya. "Kami mahu kisah ini membangkitkan kesedaran untuk institusi-institusi ini untuk menjaga hak dan keselamatan rakyat," jelas Wanchai. "Kes ini mempunyai kaitan dengan hak dan keselamatan orang awam dan bukan hanya kes spesifik kepada kes ini sahaja." -AP



#pembedahanpayudara #selepaspembedahan



.

Tuesday, July 24, 2018

Wanita ini sanggup lakukan apa sahaja demi memiliki punggung terbesar



Wanita ini sanggup lakukan apa sahaja demi memiliki punggung terbesar  | SEORANG model sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan punggung paling besar di dunia. Demi mencapai misinya mempunyai punggung paling besar, Natasha Crown sanggup melakukan apa sahaja termasuk menaikkan berat badan suaya doktor boleh menampung lemak itu di bahagian punggungnya. Graduan jurusan ekonomi dari Gothenburg Sweden mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak termasuk pizza, pasta dan enam kilo Nutella dalam tempoh sebulan untuk mencapai impiannya itu. "Saya akan melakukan apa sahaja untuk mempunyai punggung paling besar di dunia," ujarnya.


Crown,24, yang mempunyai laman Instagramnya sendiri memperolehi pendapatan menerusi penjualan filem dan gambar punggungnya ke seluruh dunia. Dia kini mempunyai berat badan 133 kilogram dengan ketinggan 152cm. Dia mula menjalani pembedahan berkaitan dengan itu sejak berusia 20 tahun. "Ketika remaja, bahagian bada saya berubah - buah dada dan punggung saya semakin membesar. Saya sangat suka bentuk badan ini," tambahnya. -AP


#punggungbesar



.

Thursday, July 19, 2018

Lelaki buat tatu dan buang alat sulit untuk tutup 'kecacatan' yang ditinggalkan akibat kanser



Lelaki buat tatu dan buang alat sulit untuk tutup 'kecacatan' yang ditinggalkan akibat kanser | SEORANG lelaki yang 90 peratus badannya dipenuhi tatu berwarna hitam nampaknya masih belum berpuas hati dengan penampilan dirinya. Kini dia membuat keputusan mengejutkan apabila sanggup berbelanja besar untuk membuang alat sulitnya. Adam Curlykale dari Kaliningrad di Rusia membuat tatu pada badannya termasuk mewarnakan matanya dengan warna kelabu selepas disahkan menghidap kanser 12 tahun lalu. Lelaki berusia 32 tahun itu berkata dia mula membuat tatu kerana tertekan dengan warna kulitnya yang kelihatan pucat. Selepas hampir 90 peratus badannya dipenuhi tatu, Adam merasakan alat sulitnya itu merosakkan penampilannya.


Jadi dia menjalani pembedahan melampau. Dia kini berkongsi gambar terbaharunya dengan pengikutnya di media sosial selepas alat sulit, puting dan zakarnya dikeluarkan. Adam menjadi terkenal pada 2017 selepas muncul dalam program TV 'Second Face' di Poland. Dalam program itu dia berkata mahu membuat tatu untuk menutup 'kecacatan' yang ditinggalkan akibat kanser. -AP



#kanser #akibatpenyakitkanser #tanpaalatkelamin #tiadakemaluan #AdamCurlykale



.

Wednesday, June 27, 2018

MAQIS temui cacing bawa penyakit dalam tin sardin dari China



MAQIS temui cacing bawa penyakit dalam tin sardin dari China | Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang pada 14 Mei lalu. Ketua Pengarah MAQIS, Datuk Mokhtarud-din Husain berkata, cacing terbabit ditemui menerusi pemeriksaan fizikal dan persampelan ke atas beberapa tin sardin yang tiba dalam dua kontena yang ditahan di NBCT dengan anggaran berat 36,720 kilogram bernilai RM199,797.24. Cacing terbabit berkemungkinan daripada genus Anisakis spp yang menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia yang biasanya berlaku apabila manusia memakan makanan laut seperti ikan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya yang dijangkiti parasit terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.


Anisakiasis adalah penyakit parasit dan zoonotik bawaan ikan yang disebabkan oleh nematode Anisakis spp(cacing) yang menyerang sistem gastrointestinalseperti perut dan usus manusia dan boleh menyebabkan masalah atau simptom gastrointestinal seperti sakit perut, cirit-birit, loya dan muntah. Mokhtarud-din berkata perbuatan mengimport melalui pintu masuk apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. "Kes ini disiasat untuk tindakan selanjutnya," katanya. Beliau berkata pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import daripada MAQIS. "Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi bahawa ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia," katanya.

Mokhtarud-din berkata MAQIS akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas produk ikan sardin dan mackerel (sejenis ikan kembung) dalam tin yang diimport di seluruh pintu masuk negara bagi memastikan isu sedemikian tidak berulang. "Perkara ini amat penting bagi memastikan sebarang produk ikan seperti ikan sardin yang diimport ke negara kita mestilah sentiasa selamat, bersih dan tidak cemar dengan bendasing seperti cacing," katanya. MAQIS merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti import, eksport, pemeriksaan, kuarantin dan penguatkuasaan bagi pengimportan apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma di semua pintu masuk negara yang diwartakan. Sebanyak 57 buah pintu masuk yang terdiri daripada pintu masuk udara, laut dan darat telah diwartakan dan dikawal oleh pihak MAQIS. - Bernama



#cacingdalamtinsardin #sardindarichina #maqis




.

Sunday, June 10, 2018

Wanita menderita lumpuh dan tidak mampu bercakap selama 2 tahun selepas digigit kutu



Wanita menderita lumpuh dan tidak mampu bercakap selama 2 tahun selepas digigit kutu | Seorang wanita menderita lumpuh dan tidak mampu bercakap selama dua tahun selepas mengalami jangkitan kuman akibat digigit kutu. Rachel Foulkes-Davies, 43, yang berasal dari Denbighshire, dekat sini digigit serangga itu pada lehernya ketika berada di taman di hadapan rumahnya pada Jun 2015. Pada mulanya, dia tidak berasa apa-apa, namun kemudian, bibirnya kebas dan wajahnya berubah senget. Rachel kemudian dihantar ke hospital dan doktor mengesahkan dia menghidap Bell Palsy atau lumpuh saraf muka dan diberikan rawatan steroid. Bagaimanapun, dia gagal pulih dan keadaannya menjadi semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap atau makan.



Ibu kepada tiga orang anak itu kemudian disahkan menghidap penyakit Lyme akibat jangkitan kuman yang dibawa serangga tersebut. “Kelumpuhan pada wajah bermula dengan bibir saya menjadi kebas beberapa hari selepas digigit. Ia menyebabkan anak-anak tidak memahami apa yang saya katakan,” kata Rachel. Rachel kini semakin sembuh dan boleh bercakap secara perlahan-lahan. - Agensi



#menderitalumpuh #bellpalsy



.

Thursday, June 7, 2018

Lelaki jadi kaya raya selepas cipta dan jual testis palsu anjing



Lelaki jadi kaya raya selepas cipta dan jual testis palsu anjing  | GREGG Miller adalah bukti bahawa idea gila kadangkala mampu mengubah kehidupan seseorang. Dia adalah pencipta Neuticles, implan silikon untuk anjing jantan bagi menggantikan buah zakar selepas dimandulkan, supaya kejantanan haiwan itu tidak 'hilang'. Miller tampil dengan idea penggantian kosmetik semata-mata untuk zakar haiwan pada awal tahun 90-an, ketika dia membeli seekor anjing pemburu yang dinamakan Buck. Dia enggan menuetralkan anjingnya itu hanya kerana dia tidak mahu anjingnya melalui pembedahan, tetapi selepas Buck hilang selama empat hari gara-gara anjing betina, Miller berubah hati. Katanya, tempoh empat hari itu sebagai paling mengerikan dalam hidupnya dan dia sedar jika anjingnya tidak dikasi, dia sekali lagi akan berisiko kehilangannya. Tetapi dia masih mahu kejantanan Buck dapat dilihat, jadi dia bertanyakan tentang implan testis kepada doktor haiwan.


Doktor haiwan itu memberitahunya bahawa ia adalah perkara paling bodoh pernah didengarinya, tetapi Gregg tahu ia bukan mustahil.Percaya atau tidak, doktor haiwan yang sama tidak lama selepas itu berhubung dengannya untuk menjalinkan kerjasama bagi menjayakan idea itu. Dan kini, Neuticles, testis anjing palsu sudah pun terkenal di dunia. Miller baru-baru ini memberitahu CNBC bahawa dia dan 32 pelabur tempatan lain melabur kira-kira AS$100,000 untuk membangunkan Neuticles. Ibu bapanya menganggap dia gila, semua orang yang mendengarnya berkata idea itu adalah perkara paling teruk yang pernah mereka dengar dan beberapa pembuat tidak mahu melakukannya. Tetapi dia percaya dengan ideanya dan menggunakan kad kreditnya secara maksimum dan melakukan gadai janji rumahnya hanya untuk menghasilkan testis anjing palsu.


Setelah menguji Neuticle pertama pada 30 haiwan tanpa masalah, sepasang implan testikel komersial pertama dijual pada tahun 1995. Buah zakar anjing palsu mendapat perhatian beberapa media pada mulanya dan perniagaan perlu diteruskan. Untuk tiga tahun pertama, Miller tidak tahu sama ada Neuticles akan menjadi seperti yang diimpikan, tetapi dia hanya bekerja keras, mengiklankannya dalam majalah haiwan, menubuhkan rangkaian veterina dan juga bercakap di rancangan radio tentang produknya kepada pendengar.Usahanya berbalas apabila dia mula menerima beratus-ratus pertanyaan setiap hari. Bagaimanapun timbul satu masalah besar. Pada mulanya, Neuticles diperbuat daripada plastik keras dan menghasilkan bunyi aneh apabila haiwan itu bergerak.

 Orang ramai mengeluh mengenainya, tetapi tidak banyak yang dapat dilakukannya sehinggalah seseorang akhirnya datang dengan alternatif yang lebih baik. "Itulah masalah yang kami alami selama tiga tahun sehingga beberapa orang genius, mencipta silikon padu," kata Miller. Miller mendakwa telah menjual lebih 500,000 Neuticles dalam tempoh 25 tahun yang lalu sekali gus menjadikannya seorang jutawan. Dia telah mengembangkan perniagaannya, menawarkan testis palsu untuk kura-kura, kuda dan lembu jantan. Dia juga menjual sepasang zakar silikon raksasa untuk gajah di sebuah zoo. Ditanya apakah dia merancang untuk membuat Neuticles untuk lelaki, pencipta itu mendakwa bahawa proses kelulusan FDA akan menjadi terlalu rumit. -AP



#testisanjing #ciptaangila




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!