Tuesday, July 6, 2010

Gelaran Terbuka AS jadi impian Nadal


LONDON: Rafael Nadal berkata dia akan menghabiskan masa dengan memancing ikan dan berparti sebelum mengalihkan tumpuan kepada satu-satunya kejuaraan tenis Grand Slam belum dimenanginya - Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pemain nombor satu dunia itu, berkata dia akan pulang ke kediamannya di kepulauan Mediterranen, Mallorca untuk bergembira dengan rakan-rakannya di tepi pantai selepas memenangi kejuaraan perseorangan lelaki Wimbledon keduanya.

Pemain berusia 24 tahun itu meraih mahkota Grand Slam kelapannya apabila mengalahkan Tomas Berdych dari Republik Czech 6-3, 7-5, 6-4 kelmarin.

Juara Terbuka Perancis itu juga dijadual mendapatkan rawatan ke atas lututnya bagi mempersiapkan dirinya bertarung dalam musim permukaan keras AS.

“Kami akan memikirkan mengenai Terbuka AS dalam sebulan lagi. Buat masa sekarang kami hanya mahu relaks dan meraikan musim menakjubkan buat diri saya,” kata pemain kidal itu. “Ia sangat sukar buat saya untuk kembali ke tahap terbaik.

“Tetapi saya berjaya melakukannya, maka ia saat sangat penting dan penuh mengharukan buat saya. Saya mahu menikmatinya sebaik mungkin.

“Saya akan berusaha untuk cuba bermain di Terbuka AS, akhirnya bersedia untuk cuba memenanginya. Tetapi yang pasti Terbuka AS akan menjadi salah satu matlamat saya bagi sepanjang karier saya.”

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!