Monday, July 26, 2010

Lelaki kulit hitam jadi tumpuan di bandar Rusia


NOVOZAVIDOVO, Rusia - Seorang lelaki berkulit hitam, Jean Gregoire Sagbo menjadi tumpuan di bandar ini selepas dia dipilih menjadi ahli majlis perbandaran berkulit hitam yang pertama.
Pada bulan lalu, dia menjadi lelaki berkulit hitam dipilih untuk menduduki kerusi ahli majlis perbandaran.
Dia berjanji untuk memulihkan bandar yang miskin itu yang menjadi tempat tinggalnya selama 21 tahun.
Rancangan Sagbo ialah untuk mengurangkan kes penagihan dadah yang berleluasa, membersihkan tasik yang tercemar dan mengatur bantuan sistem pemanasan di rumah.
"Novozavidovo semakin mati," katanya pada satu sidang akhbar.
"Ini ialah rumah saya, bandar saya. Kita tidak boleh tinggal seperti ini," tambahnya.
Datuk Bandar Novozavidovo, Vyacheslav Arakelov berkata, kulit Sagbo adalah hitam tetapi dia ialah rakyat Rusia.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!