LONDON: Seorang wanita semalam mengaku menyembunyikan mayat tiga bayi yang dilahirkannya selama 20 tahun dalam almari pakaian.
Bernadette Quirk, 55, (gambar) melahirkan empat bayi di kediamannya dalam tempoh 10 tahun.
Dia mendakwa mengalami keguguran semua kandungannya dan tidak memberitahu pihak berkuasa.
Dia sebaliknya hanya membungkus mereka dengan surat khabar dan beg plastik.
Bernadette menyimpan tiga mayat bayi itu dalam tong plastik dalam almarinya sementara yang keempat ditanam secara rahsia di tanah perkuburan tempatan.
Wanita itu yang berasal dari St Helens, Merseyside mengaku bersalah terhadap empat tuduhan menyembunyikan kelahiran ketika dihadapkan ke Mahkamah Liverpool dan berdepan dengan hukuman penjara jika sabit kesalahan.
Menurut Bernadette, dia melahirkan keempat-empat anaknya antara 1985 hingga 1995.
Dia menjalinkan hubungan seks dengan beberapa lelaki selepas bercerai pada hujung 1980-an.
Ketua Penyiasat, Neil Bickley berkata, kehidupan Bernadette bercelaru selepas bercerai dan dia menjadi kaki botol.
Sehingga semalam, belum ada keterangan mengenai alasan wanita itu membawa tiga mayat anaknya bersama-samanya setiap kali berpindah rumah.
Dua daripada bayi yang disimpannya dalam tong itu adalah kembar.
Mayat berkenaan ditemui Julai tahun lalu oleh seorang lagi anak Bernadette yang hanya dikenali sebagai Lee di rumah wanita itu di Harlow Close.
Si anak yang mengetahui ibunya menanam seorang bayi di tanah perkuburan St Helens pada 1990-an, meminta seorang rakannya menelefon polis.
Polis melancarkan siasatan jenayah dan menahan Lee bersama-sama ibunya.
Bagaimanapun, Lee dibebaskan tanpa sebarang tuduhan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment