BEHRANG - Empat orang termasuk tiga beranak maut dalam keadaan rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh belakang sebuah lori membawa muatan pasir di Kilometer 394, Lebuh raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Ulu Bernam dekat sini semalam.
Dalam kemalangan pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa-mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri Azri Ismail, 27, dan Suzita Abu Bakar, 25, serta anak mereka, Mohd. Akmal, 1 tahun.
Turut terbunuh, Mohd. Haznizam Abd. Mutalib, 20, dari Kampung Ela, Air Hangat, Langkawi. Haznizam mengikut pasangan itu untuk ke ibu negara bekerja di pusat rawatan spa milik suami isteri itu.
Pasangan itu tinggal di Dataran Sunway, Damansara, Selangor. Sebelum kejadian mereka pulang menyambut Aidilfitri di Matang Bonggor, Air Itam, Jerlun, Kedah.
Ketua Trafik Hulu Selangor, Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, siasatan polis mendapati kereta Proton Persona dipandu Azri merempuh bahagian kiri belakang lori pasir yang berhenti di laluan kecemasan lebuh raya kerana mengalami kerosakan mekanikal.
"Kereta dipandu Azri gagal dikawal lalu merempuh belakang lori terbabit dan rempuhan kuat tersebut telah menyebabkan enjin kenderaan terbabit meletup lalu terbakar.
1 Penyokong CHELSEA:
Assalam...lulu mangsa perempuan ni adik ipar bongsu saya. kami baru je mkn mlm bersama di rumah abg ipar sya (abg ke2 arwah).Subuh tuh mak mertua sya yg x sehat dh sebut pasai adik yang tak tepon dah sampai ke blum.1 je ayat dia yg paling sya ingt ' ntah ada apa2 jd kat adik hang ka apa'. Masin mulut mertua sya..moga roh mereka ini dicucuri rahmat.Raya 2012 ni tak meriah lagi pada kami sebab raya ke 6 adik meninggal.Alfatihah
tq lulu 4 this post
Post a Comment