Friday, September 24, 2010

7 ekor gajah mati dirempuh kereta api



KOLKATA - Tujuh ekor gajah mati manakala dua lagi cedera selepas haiwan itu dirempuh sebuah kereta api barang yang bergerak melebihi had laju di sebuah landasan dalam hutan tebal dekat Binnaguri, di daerah Jalpaiguri malam kelmarin.
Seorang ketua pemuliharaan hutan di Bengal Barat, Atanu Raha berkata, kejadian berlaku semasa gajah tersebut mengelilingi dua ekor anak gajah yang terperangkap akibat kaki haiwan berkenaan tersepit di landasan.
Dua ekor anak gajah itu turut mati.
Dia berkata, kelajuan kereta api itu semasa kejadian ialah 70 kilometer sejam (km/j) di lokasi yang mempunyai had laju 40 km/j.
Menurutnya, beberapa ekor gajah lain dalam kumpulan haiwan itu masih berada di lokasi kejadian untuk melihat rakan-rakannya yang mati dan cedera.
Satu rangkaian televisyen tempatan melaporkan ratusan penduduk menyertai tunjuk perasaan bagi membantah kematian haiwan itu dekat dengan tempat kejadian.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!