Saturday, September 18, 2010

Holiday day two..wee...witt........

Hari kedua di bumi Sandakan...

Rumah Agnes Keith



Bayaran masuk untuk pemilik MyKad ialah rm2.00. Kanak-kanak dan pemegang MyKad yang berumur 55 tahun keatas adalah percuma.Bukan pemegang MyKad dikenakan rm15.00.


Rumah agam ini asalnya ialah kuarters pegawai kerajaan British yang dikenali sebagai Newlands.




Ianya didiami oleh penulis Amerika yang sangat terkenal iaitu Agnes Newton Keith (4 Julai 1901-30 Mac 1982).


Inilah Agnes Keith





Beliau adalah penulis buku Land Below The Wind (1939). Dua buah buku lain yang menuruti kejayaan buku pertama ialah Three Came Home (1946) dan White Man Returns (1951).



Buku Land Below The Wind dan White Man Returns telah ditulis oleh beliau di rumah ini sambil menikmati panorama indah Teluk Sandakan di hadapan dan Laut sulu di belakang rumah ini.



Negeri Sabah diberi gelaran Negeri Di Bawah Bayu adalah mengambil sempena tajuk buku beliau Land Below The Wind itu. Rumah ini dibina semula sekitar tahun 1946/47 dan merupakan bangunan kayu kekal yang pertama dibina oleh kerajaan selepas Perang Dunia Kedua.


Deco ruang makan





Dari pandangan ruang tamu



Pemandangan dari tangga













Bilik tidur


Ianya dibina dengan rekabentuk dan di atas tapak asal rumah yang musnah semasa perang.Rumah ini telah menjadi kediaman bagi Agnes dan keluarganya.Suami beliau Henry a.k.a Harry George Keith adalah seorang pegawai pemulihara hutan kerajaan British.

Hari ini rumah ini dipulihara dan ditukar menjadi rumah warisan serta menjadi selayang pandang tentang kehidupan pegawai Inggeris semasa Sabah dikenali sebagai Borneo Utara British dulu.

Bagi lulu, rumah ni memang mendamaikan.. Jom tgk pemandangan dari rumah agnes Keith..







Untuk lebih lanjut mengenai Agnes Keith [Klik]


P/S - Sekian catatan hari kedua.. errrr...sambung esok...ngee........






.

3 Penyokong CHELSEA:

Masa Dah Time on September 19, 2010 at 4:38 PM said...

kena tunggu 55 tahun baru tengok, boleh masuk free

Mohamad Ali Loksin on November 4, 2010 at 1:47 PM said...

Alahai. Nak masuk dah kena bayar eh? Dulu mak aku masuk free je...........sebab dia keje kat situ. Kohkohkohkohkoh.

Lulu Caldina on November 4, 2010 at 2:06 PM said...

eh awak org sandakan ye?
dah keje situ, mmg lah msk free...

ngee..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!