Saturday, September 18, 2010

M Rajoli meninggal dunia malam tadi

KENANGAN...Allahyarham M Rajoli bersama kedua-dua isterinya.

AMPANG: Pelakon dan pelawak, Mohd Rajoli Mohamed Zin, 65, atau M Rajoli disahkan meninggal dunia akibat penyakit barah pada kelenjar otak atau lymphoma di Hospital Ampang, jam 10.45 malam tadi.

Pelakon yang sering membawa watak ustaz dan ahli korporat itu, terlantar di hospital sejak dua hari lalu selepas mengalami masalah pernafasan. Dia kemudiannya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ditempatkan di wad pesakit dua jam kemudian. Keadaannya yang kritikal membuatkan dia bertarung dengan nyawa sejak ditahan di wad berkenaan.
Adik iparnya, Mohlis Mohd Din, M Rajoli yang dihubungi malam tadi mengesahkan kematian pelakon itu sambil memberitahu sebelum itu allahyarham hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan. “Sebelum inipun keadaannya amat kritikal. Dia hanya mampu menggerakkan mata dan isyarat jari. Keadaan itu dipercayai kesan penyakit barah otak yang dihidapi sejak tiga tahun lalu. “Pada Hari Raya lalu keadaannya stabil walaupun tidak banyak bercakap dan kurang minum air,” katanya.

allayarham ketika sakit

M Rajoli meninggalkan dua balu iaitu isteri pertama Hashimah Mohd Din, 56, dan isteri kedua, bekas penyampai radio, Wan Chik Daud, 70. Hasil perkongsian hidup bersama Hashimah selama 36 tahun mereka dikurniakan empat anak iaitu Siti Dzaleha, 34, Nur Mohamad, 33, Siti Nazirah, 28 dan Muhd Ariff, 23. Pelakon berasal daripada Pasir Mas, Kelantan membintangi ratusan drama dan filem antaranya Mekanik, Azura, Anaknya Sazali, Lang Buana, Cinta Fotokopi, Lady Boss dan Histeria. Dia cukup dikagumi menerusi lakonan dengan kebolehannya membawakan watak dengan berkesan.


M.Rajoli Selamat Dikebumikan 

Arif (baju coklat), menyiram pusara arwah bapanya


Pelakon dan pelawak veteran, M.Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohamed Zin, 65, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, pada pukul 10.30 pagi ini.
Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Jumaat, pada pukul 10.45 malam, akibat sesak nafas setelah menderita penyakit barah otak sejak tiga tahun lalu sehingga lumpuh satu badan sehingga terpaksa menggunakan sistem bantuan pernafasan.
Allahyarham meninggalkan dua isteri iaitu, Hashimah Md Din dan Wan Chik Daud serta empat anak; Siti Dzaleha, Nur Muhammad, Siti Nazirah dan Muhd Arif bersama tujuh cucu.
Antara artis-artis yang hadir termasuk Ziela Jalil, Ezani, Sabri Yunus, Arash Mohamad, Sani Sudin (Kopratasa), Datuk Ismail Hudson, Rosham Nor dan Harun Salim Bachik.


Isteri M.Rajoli tabah dengan pemergian pelakon itu.


Bagaimanapun, Wan Chik tidak hadir pada majlis pengebumian pelakon tersebut.
Mengenang kembali jasa-kasanya dalam industri hiburan, M.Rajoli terkenal dengan kebolehannya melakonkan watak komedi. Kehebatan bakatnya bukan setakat itu sahaja malah mampu membawa peranan lain secara berkesan turut membuatkan dia berjaya menggondol anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-15, pada tahun 2001.
Pelakon kelahiran Pasir mas, Kelantan itu telah mula berlakon pada tahun 1964 menerusi filem Ibu Ayam, arahan Allahyarham Salleh Ghani, sebagai penggesek biola.
Allahyarhan juga terkenal dengan imej ranggi bersama motosikal berkuasa tinggi kesayangannya.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!