ANGGOTA polis mengawal jalan masuk ke Ladang Gadong, Tanjung Sepat semalam. |
BANTING - Keadaan ladang milik peguam Datuk K. Patmanaban yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Ladang Gadong di sini dianggap sebagai pelik kerana didakwa mempunyai satu tempat pembakaran.
Perkara itu didedahkan oleh seorang lelaki yang mendakwa dia pernah memasuki ladang tersebut untuk menghantar haiwan ternakan yang dibeli Patmanaban empat bulan lalu.
Di ladang itu, lelaki yang enggan dikenali itu mendakwa dia melihat beberapa kepingan zink diletakkan bersebelahan tempat pembakaran di ladang itu.
"Dari luar ladang itu tidak nampak apa-apa kerana ia dikelilingi tembok setinggi kira-kira dua meter," katanya yang merupakan penduduk di sini.
Kes boleh dibukti tanpa mayat
Profil asid deoksiribonukleik (DNA) dan keterangan mengikut keadaan boleh menyabitkan suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, walaupun mayat mangsa pembunuhan tidak ditemui untuk dijadikan sebagai bahan bukti dalam pendakwaan.Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, berkata pendakwaan boleh dilakukan berdasarkan bahan bukti memadai dan keterangan dikumpul polis atau pihak pendakwa mewujudkan prima facie dalam kes jenayah termasuk bunuh.
“Tidak semestinya apabila mayat kes bunuh tidak ditemui seperti dibakar, suspek tidak boleh didakwa kerana ada beberapa kes sebelum ini yang mana suspek didakwa di mahkamah dan dijatuhi dihukum mati,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, dipetik berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap sembilan suspek yang ditahan setakat ini.
Kuthubul Zaman berkata, antara keterangan mengikut keadaan yang boleh dijadikan bahan bukti dalam pendakwaan di mahkamah ialah senjata diguna untuk membunuh, pengecaman waris terhadap mangsa atau barang milik mangsa termasuk profil DNA mangsa.
“Apa yang penting, pihak pendakwa perlu mempersiapkan segala bahan bukti diperoleh menerusi siasatan mereka untuk dikemukakan di mahkamah bagi dijadikan inti pati pertuduhan dan berupaya mewujudkan prima facie.
“Jika tidak wujud prima facie, suspek akan dilepas dan dibebaskan tetapi jika wujud prima facie, suspek dalam pembelaannya perlu mengemukakan bukti yang menimbulkan keraguan munasabah terhadap dakwaannya,” katanya.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, K Ragunath berkata, turut mengesahkan bahawa keterangan mengikut keadaan, cebisan mayat mangsa dan DNA boleh dijadikan bahan bukti dalam menyabitkan suspek dalam kes pembunuhan.
“Apa-apa yang dijumpai dan boleh dijadikan bahan bukti atau keterangan mengikut keadaan, boleh digunakan untuk mendakwa suspek di mahkamah. Kita ada kaedah dan peraturannya,” katanya.
Sukar dapatkan DNA mangsa
ANAK Sosilawati, Erni Rineelawati Buhari (kiri), menyambut kunjungan sanak-saudara dan tetamu pada majlis tahlil untuk arwah ibunya. |
KUALA LUMPUR: Jabatan Kimia berdepan kesukaran dalam menentu dan mengenal pasti profil asid deoksiribonukleik (DNA) serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain berikutan keadaan tulang yang terbakar teruk berikutan suhu pembakaran terlalu tinggi.
Bagi mendapatkan keputusan ujian, Jabatan Kimia dijangka mengambil masa seminggu kerana terpaksa mengeluarkan kalsium yang masih terkandung dalam tulang berkenaan terlebih dulu.
“Persampelan tulang juga agak sukar dilakukan berbanding sampel lain seperti darah atau rambut kerana ia perlu dihancurkan terlebih dulu bagi mendapatkan debu.
“Di dalam tulang terdapat banyak kalsium, justeru itu kita perlu mengeluarkan semua kalsium di dalamnya terlebih dulu yang mungkin akan mengambil masa antara dua ke tiga hari. Apatah lagi tulang itu bukan reput atau lama sebaliknya ia terbakar teruk.
“Daripada debu tulang, pakar forensik boleh memulakan proses menganalisis bergantung kepada keadaan tulang, bagaimanapun kami tidak menolak kemungkinan ketepatannya boleh dicapai sehingga 100 peratus,” katanya ketika dihubungi semalam.
Jabatan Kimia menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berprofil tinggi ini membabitkan enam pakar forensik terlatih dan berpengalaman supaya profil DNA yang akan diketengahkan nanti boleh dijadikan bahan bukti, sekali gus membantu dalam menyelesaikan kes pembunuhan kejam berkenaan.
Katanya, buat masa ini semua sampel tulang masih belum dikenal pasti sama ada milik empat mangsa yang didakwa dibunuh atau milik orang lain atau milik haiwan sehinggalah ia siap dianalisis.
“Apa pun besar harapan mudah-mudahan sampel yang dihantar ini akan memberikan petunjuk dan antaranya yang mudah untuk diproses dan dianalisis,” katanya.
Sebahagian daripada sampel tulang dari lokasi kejadian diterima Jabatan Kimia daripada Unit Forensik Polis kira-kira jam 6 petang kelmarin.
Hithaya bagaimanapun berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang sampel lain seperti rambut atau darah keluarga yang sudah pun menyerahkan sampel DNA masing-masing kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) Selasa lalu bagi ujian paterniti DNA.
Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, serpihan tulang boleh membantu menentukan DNA jika sum-sum pada tulang berkenaan masih ada. Selain menentukan identiti, ia juga boleh menentukan bila sebenarnya mangsa dibunuh dan dibakar.
Katanya, DNA itu kemudian akan dipadankan dengan sampel tisu, rambut dan darah waris mangsa untuk ujian paterniti DNA bagi mengenal pasti padanan sampel.
“Dalam kes Sosilawati, penemuan barang kes seperti jam tangan dan senjata digunakan dalam pembunuhan mereka adalah untuk tujuan dokumentasi bagi mengukuhkan proses pendakwaan ke atas suspek.
“Dalam kes di Banting ini, penjenayah memang bijak dalam melupuskan bahan bukti dengan membunuh, kemudian bakar dan membuang ke sungai. Ini yang menyukarkan kes untuk kita siasat kerana sampel gigi yang biasanya menjadi sumber utama DNA turut musnah. Namun begitu, pakar forensik mempunyai banyak kaedah lain untuk mencari DNA ini,” katanya yang juga seorang pakar forensik.
Beliau berkata, selain itu alat pengesan logam juga banyak digunakan bagi mengesan bahan bukti antaranya atap zink yang dipercayai digunakan sebagai lapik untuk membakar mayat, jam tangan dan senjata pembunuhan.
Katanya, Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat turut masuk ke lokasi dipercayai tempat mayat dibakar bagi menyiasat kesan bau petrol dan kesan terbakar bagi menentukan waktu sebenar kesemua mangsa dibakar.
.
1 Penyokong CHELSEA:
ado kontest untuk dibuattttt... sila jalan gi blog senyuman maneh tajuknya...
Post a Comment