LONDON - Selepas mencatat kekalahan pertama dalam saingan Liga Perdana England musim ini kepada Manchester City minggu lalu, pendahulu, Chelsea berdepan satu lagi ujian berat Ahad ini.
Pertemuan menentang Arsenal dilihat bakal menjadi penentu cabaran Chelsea dalam mempertahankan kejuaraan liga musim ini.
"Saya sudah bersedia menentang Chelsea. Saya sentia- sa bersedia, jadi kita akan lihat apa akan berlaku nanti.
"Saya hanya mahu fokus dengan tugas saya. Itulah yang saya lakukan setiap kali diberi kepercayaan oleh jurulatih," jelas penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski.
Jika Sabtu lalu, Chelsea tewas 0-1 kepada City di gelang- gang lawan, hujung minggu ini pula Chelsea bakal menerima kunjungan Arsenal di Stamford Bridge - suatu kelebihan yang pastinya tidak akan dipersia-siakan anak-anak buah Carlo Ancelotti.
Selepas menang lima perla- wanan berturut-turut awal musim, kekalahan kepada City bermakna Chelsea tidak mampu untuk menerima satu lagi kegagalan kerana pencabar terdekat mereka, Manchester United hanya menunggu masa untuk merampas kedudukan selaku pendahulu.
Namun, Chelsea bernasib baik kerana Arsenal berdepan masalah kecederaan pemain utama.
Arsenal tidak mempunyai pemain tengah yang beraksi keras sehingga memaksa skuad bimbingan Arsene Wenger itu memilih cara 'lembut' dengan menggunakan Jack Wilshere untuk membekalkan bola kepada Samir Nasri dan Marouane Chamakh dalam beberapa perlawanan lalu.
Cuma masalah besar yang dihadapi Arsenal ialah kelekaan bahagian pertahanan yang mudah bocor sepertimana yang didedahkan West Bromwich minggu lalu.
Ini pastinya akan diambil kesempatan oleh Chelsea yang dijangka turun tanpa Frank Lampard dan Salomon Kalou yang masih cedera.
Namun, Gael Kakuta mampu mengisi kekosongan di bahagian serangan sepertimana yang dipamerkannya ketika Chelsea menentang Marseille dalam Liga Juara Juara, Selasa lalu.
Chelsea yang kini mengumpul 15 mata hanya dipisahkan tiga mata berbanding United di tangga kedua.
P/S - Harap menang minggu ni..yeh..
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment