Friday, October 1, 2010

Lif jatuh dari tingkat enam

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri dan dua remaja mengalami detik cemas apabila lif yang mereka naiki tiba-tiba terjatuh dari tingkat enam Blok A, Flat Impian Baiduri di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 2 petang, empat mangsa yang ada dalam lif itu ialah seorang anggota bomba dan penyelamat dan isterinya seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Utama, Petaling Jaya manakala dua remaja yang merupakan pelajar sekolah.

Pasangan suami isteri yang tinggal di tingkat 13 menaiki lif itu selepas mereka habis bekerja manakala dua remaja itu pula baru pulang dari sekolah.

Empat mangsa yang cedera ialah Zarinah Jaafar dan suaminya, Rahim Yunus masing-masing berusia 30-an. Dua remaja itu pula ialah Azizah Ermonchatib, 13, dan S. Kugahan, 14.



Guru dikhuatiri lumpuh
PETALING JAYA: “Bahagian pinggang saya ke bawah hilang deria rasa dan tidak lagi dapat digerakkan,” kata Zarina Jaafar, seorang guru sekolah menengah yang dikhuatiri lumpuh akibat lif dinaiki bersama suami dan dua pelajar terhempas di Pangsapuri Impian Baiduri, petang semalam.

TEGANG...beberapa penduduk hilang sabar sebelum mencabar pihak pemaju.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dia bersama tiga mangsa lain dikatakan terjatuh dari tingkat enam pangsapuri kediaman mereka selepas lif dinaiki terhempas.
Tiga mangsa lain, suaminya, Rahim Yunus serta dua pelajar iaitu Azizah Ermonchatib, 13, dan S Kugahan, 14.

Zarina mengalami kecederaan pinggang, kaki dan siku kiri, suaminya patah ibu jari kaki kanan dan pecah bibir, Kugahan patah dua tulang kaki kanan, manakala Azizah cedera ringan di punggung akibat terhentak.

Menceritakan detik cemas itu, Zarina berkata dia bersama suami ke unit rumah mereka di tingkat 10 untuk mengambil anak mereka yang dijaga keluarganya.

“Semasa tiba di tingkat lima, lif yang sepatutnya berhenti di tingkat lima di mana tempat Kugahan tinggal tidak berhenti walaupun cuba dihentikan. “Sejurus kemudian lampu terpadam dan lif terus menjunam dengan laju ke tingkat bawah,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurutnya, jiran yang berada berhampiran lif berkenaan membantu mengeluarkan mereka dan terus dihantar ke hospital. Dia juga masih lagi menunggu keputusan ujian x-ray yang dijalankan bagi mengetahui tahap kecederaan dialami.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!