Tuesday, October 19, 2010

Tawau berdepan gempa bumi kuat


Jabatan Meteorologi tidak menolak kemungkinan gempa bumi bersaiz sederhana menghampiri 6 pada skala Richter mungkin berlaku di Tawau, Sabah pada masa depan.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rohaidi Che Abas berkata, kemungkinan itu diambil kira daripada kekerapan gempa bumi yang berlaku di kawasan-kawasan sekitar Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.

"Ini kerana sejak minggu lepas hingga semalam tiga gegaran lemah telah dicatatkan di kawasan terlibat yang berukuran 2.6 hingga 3.8 pada skala Ricther.

"Meskipun kawasan terlibat merupakan kawasan berisiko dilanda gempa namun kekerapan yang berlaku menghairankan kami," ujarnya.

Justeru, menurut Mohd. Rohaidi, pihaknya akan memantau 24 jam sehari untuk melihat perkembangan semasa kemungkinan berlaku lagi gempa bumi di Tawau.
Menurut rekod, gempa paling kuat pernah dicatatkan di Sabah ialah di Lahad Datu pada tahun 1976 iaitu berukuran 5.8 pada skala Richter.





.

2 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 20, 2010 at 8:54 PM said...

nasib baik aku tak sedar gempa bumi tu. Tidur nyenyak. Hehehe. Kalau tak mesti aku takut

Lulu Caldina on October 26, 2010 at 7:58 AM said...

tido mati eh? Ntah2 bila sedar, atap dah atas badan..huhu...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!