BEIJING: Pemain Denmark, Caroline Wozniacki akan menggantikan Serena Williams sebagai pemain No-1 dunia apabila ranking baru dikeluarkan Isnin ini.
Wozniacki, 20, akan menjadi warga Denmark pertama, lelaki atau wanita, untuk memegang kedudukan teratas itu selepas kemenangan 6-3, 6-2 ke atas Petra Kvitova di Terbuka China di Beijing, kelmarin.
“Ini adalah langkah besar buat saya. Untuk menjadi pemain No. 1 sentiasa menjadi impian saya,” kata Wozniacki dalam satu temuramah di atas gelanggang di Pusat Tenis Beijing.
Wozniacki adalah pemain ke-20 mengungguli ranking sejak ia diperkenalkan pada 1975 dan yang ketiga pada dua tahun lalu melakukannya tanpa memenangi gelaran Grand Slam, mengikuti jejak langkah Dinara Safina dan Jelena Jankovic.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment