Wednesday, November 10, 2010

Arsene mahu Arsenal bangkit


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mahu para pemainnya bangkit daripada mimpi ngeri, tewas kepada Newcastle apabila bertandang ke Wolves, hari ini.
Gunners telah tewas dua kali di laman sendiri musim ini dan pengurus dari Perancis itu mengakui, kemenangan di Molineux amat penting bagi meningkatkan moral pasukan, setelah kalah mengejut 1-0 kepada Newcastle.
''Kami perlu kembali fokus. Kami semakin bersemangat dan ia akan menjadi kekuatan tambahan dalam menghadapi Wolves dan mencari tiga mata penuh.

''Saya akui perlawanan dengan Newcastle, ia bukan hari bertuah kami.
''Ia sememangnya sangat kejam kerana kami tewas sedangkan pasukan lawan hanya mempunyai satu percubaan tepat, manakala kami mendapat beberapa peluang menjaringkan gol.
''Kami dihukum kerana satu kesilapan pada situasi bola mati, '' kata Wenger.

Kekalahan kepada Newcastle itu bagaimanapun, tidak menjejaskan semangat kem Arsenal kerana pendahulu liga, Chelsea turut tewas kepada Liverpool, bermakna Arsenal masih lima mata di belakang Blues.
Theo Walcott lega kerana perlawanan berikutnya tiba lebih awal, untuk memberikan Gunners peluang untuk bangkit semula.
''Bola sepak adalah perlawanan yang menarik, ada turun dan naik, seperti mana kelab kami.

''Bagaimanapun, banyak pasukan masih berpeluang dalam memburu kejuaraan liga dan kami tidak mahu melihat terlalu jauh.
''Kami hanya mahu fokus dari satu ke satu perlawanan dan cuba memenangi perlawanan berkenaan.

"Kami mahu menamatkan kesedihan ketika tewas kepada Newcastle dan cuba menang ketika bertemu
Wolves,'' kata pemain sayap antarabangsa England itu.
Wolves, yang tewas kepada Manchester United ekoran jaringan minit terakhir Park Ji-Sung, turut memburu misi yang sama.

''Cara kami memberikan tindak balas kepada kekalahan itu amat penting buat masa sekarang.
''Keputusan itu bagaikan tidak adil tetapi kami perlu mengambil sesuatu yang positif daripada persembahan berkenaan.

''Kami tidak perlu terbawa-bawa kekalahan itu ketika melayani Arsenal, satu lagi pasukan besar dan anda tidak tahu apa akan terjadi.
''Kami baru sahaja pulih dan bersedia untuk perlawanan hari ini.

"Arsenal adalah satu lagi pasukan besar, namun kami pernah menewaskan Manchester City dan hampir melakukannya ketika bertemu United,'' kata pertahanan Wolves, Kevin Foley.
Wolves hampir mengikat Arsenal pada musim lalu, tetapi dikecewakan gol pada minit terakhir, seperti mana terjadi ketika di Old Trafford.

''Kami berjaya mengikat Arsenal sepanjang 93 minit di Emirates pada musim lalu, namun kecewa kerana
terlepas gol pada minit terakhir,'' kata pengurus Wolves, Mick McCarthy.


P/S - Tak payah bangkit..biar kalah je terus...





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!