Thursday, November 11, 2010

Filem Twilight dapat 8 pencalonan


The Twilight Saga mempunyai peluang cerah untuk menguasai persaingan di Anugerah People's Choice 2011 apabila kisah cinta puntianak itu dan pelakonnya mendahului dengan lapan pencalonan dalam satu pengumuman, semalam.
Filem itu dicalonkan untuk kategori filem terbaik dan drama terbaik dengan barisan pelakonnya, Kristen Stewart, Robert Pattinson dan Taylor Lautner juga dipilih untuk pasukan dalam skrin terbaik.
Pattinson dan Lautner turut mendapat pencalonan untuk aktor terbaik, manakala Stewart dicalonkan untuk aktres terbaik.

Stewart dan Pattinson yang juga pasangan kekasih turut dicalonkan sebagai bintang filem terbaik di bawah umur 25 tahun.
Pencalonan lain adalah Robert Downey Jr. dalam untuk aktor terbaik, bintang aksi terbaik dan pasukan dalam skrin terbaik dengan Don Cheadle.

Iron Man 2 dicalonkan untuk filem terbaik dan filem aksi terbaik, diikuti Inception yang disenarai dalam pencalonan filem terbaik, drama terbaik dan pasukan dalam skrin terbaik untuk pelakonnya iaitu Leonardo diCaprio, Joseph Gordon-Levitt, Ellen Page, Tom Hardy dan Dileep Rao.
Mendahului pencalonan drama televisyen adalah Grey's Anatomy dengan pelakonnya Patrick Dempsey dan Sandra Oh turut mendapat pencalonan individu.

Dempsey, Oh dan Ellem Pompeo juga dicalonkan untuk anugerah doktor televisyen terbaik.
Dalam kategori muzik, Eminem, Carrie Underwood, Katy Perry, Beyonce, Pink, Taylor Swift dan Lady Gaga mendapat beberapa pencalonan.

Peminat boleh memilih pemenang secara dalam talian sehingga 7 Disember ini. Anugerah People's Choice akan berlangsung pada 5 Januari 2011 di Nokia Theatre.






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!