Thursday, November 11, 2010

Polis siasat blog ugut AC Mizal


Polis sedang menyiasat beberapa blog berhubung dakwaan ugutan melampau dan fitnah terhadap pelakon dan pengacara AC Mizal (gambar) dipercayai bertujuan memusnahkan perniagaan yang dijalankannya. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, siasatan sedang dijalankan, bagaimanapun beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan terbabit.

"Tiada sebarang petunjuk atau bukti yang menunjukkan ugutan itu dilakukan oleh individu pesaing dalam perniagaan dilakukannya.
"Sehubungan itu, pihak polis sedang mengumpul maklumat dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

"Setakat ini, tiada individu dipanggil untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pelakon dan pengacara berstatus Datuk itu membuat laporan polis Isnin lalu, mendakwa menerima ugutan melampau dan fitnah dalam beberapa blog.
Antara ugutan itu berbunyi 'elok sembelih je kot' dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan yang dilakukannya.

Antara tuduhan yang menjejaskan reputasi artis itu dalam blog terbabit adalah mengenai harga serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.
Dalam pada itu, Amiruddin turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung blog-blog berkenaan untuk tampil membantu siasatan.





.

2 Penyokong CHELSEA:

Kamsiah yusoff on November 11, 2010 at 9:51 AM said...

salam kenal cik lulu
dah follow..dah tinggalkan link..

Lulu Caldina on November 11, 2010 at 3:02 PM said...

Terima kasih kak..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!