PEMILIK kelab malam di Jalan Chow Kit Kuala Lumpur ini terus menghubungi polis selepas suspek meminta wang pelindungan sebanyak RM200 semalam. |
Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku apabila suspek yang mempunyai sebanyak 24 rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah itu pergi ke kelab malam tersebut sebelum mengugut pemiliknya dengan pistol yang diambil dari sebuah beg yang dibawanya.
Sebelum itu, suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an itu telah memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta RM200 kononnya sebagai wang perlindungan daripada mangsa yang baru hendak memulakan perniagaannya.
Jurucakap polis memberitahu, suspek turut mengugut akan mengapa-apakan mangsa sekiranya enggan mengikut arahan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment