PRAGUE, Republik Czech - Sepasukan saintis dari Denmark dan Republik Czech semalam menggali semula kubur seorang ahli astronomi Denmark yang terkenal pada kurun ke-16 dalam usaha mencari punca kematian misterinya.
Ahli astronomi itu, mendiang Tycho Brahe yang dilahirkan pada tahun 1546, telah disemadikan di gereja Church of Our Lady berhampiran Old Town Square di Prague sejak kematiannya pada tahun 1601.
Tokoh itu berada di Prague atas jemputan Maharaja Rom, Rudolph II selepas beliau meninggalkan balai cerapnya di Pulau Hven kerana bercanggah pendapat dengan raja Denmark.
Pemerhatian planet-planet dan bintang yang tepat oleh Brahe telah membantu bidang ilmu astronomi moden. Selama ini, kematiannya dikatakan akibat jangkitan pundi kencing.
Namun, ujian-ujian yang dijalankan pada tahun 1996 di Sweden dan Denmark berdasarkan sampel misai serta rambutnya yang diperolehi sewaktu proses penggalian semula kuburnya pada tahun 1901 mendapati wujud tahap kandungan merkuri yang tinggi.
Keadaan itu menimbulkan teori bahawa beliau diracun dan dibunuh.
Seorang profesor arkeologi zaman pertengahan dari Universiti Aarhus Denmark, Jens Vellev menyatakan sebagai seorang ahli sains, Brahe sangat penting kepada dunia.
1 Penyokong CHELSEA:
wahhh..sampai mcm tu nak tahu ek..hehe
Post a Comment