Mangsa tak ingat apa berlaku kerana mabuk, tertidur.
Santiago: Malang tidak berbau. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 64 tahun yang mabuk dan tertidur sebelum terjaga dan mendapati kemaluannya sudah tiada dan diberitahu anjingnya yang memakannya. Geraldo Ramos menceritakan bagaimana dia tidak sedarkan diri selepas mabuk dan mendapati organ sulitnya sudah tiada sebaik terjaga, lapor akhbar, di sini, semalam.
Tidak percaya jiran
Jiran Geraldo Ramos pula menjelaskan, dia diserang seekor anjing ketika dalam keadaan terhuyung-hayang dan bogel kerana mabuk. Pun begitu, Ramos berasal dari Santiago , tidak mempercayai kata-kata jirannya, meskipun tidak ingat apa yang berlaku, khususnya bagaimana kemaluannya boleh hilang. Dia memberitahu sebuah stesen televisyen bahawa dia hanya ingat terbangun daripada tidur sebelum dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan. Anjing yang menyerangnya juga belum dapat dikesan. Begitu juga dengan kemaluan Ramos. Berikutan kecederaan di bahagian sulit, Ramos terpaksa memakai tiub dan dirakam berehat di rumah.
Belajar daripada kesilapan
Ramos mengakui sudah belajar daripada kesilapannya dengan berkata dia tidak akan akan minum arak mulai hari ini. Meskipun jirannya memberitahu kes membabitkan anjing berkenaan mungkin sukar dipercayai, ia tidak mustahil berlaku. Ini berikutan apa yang berlaku di Arkansas, Amerika Syarikat pada Julai lalu apabila seorang lelaki lumpuh, yang terjaga daripada tidur mendapati anjingnya makan satu buah zakarnya. Satu lagi kes di Brazil membabitkan seorang lelaki yang jari kakinya dibaham anjing peliharaan sendiri. Jika di Brazil anjing makan tuan, di Israel, seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas kemaluannya digigit ular ketika mahu ke tandas. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik hanya cedera ringan kerana anjing itu tidak berbisa dan melepaskannya. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
hihi..bengong dia nih
Post a Comment