Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti berdepan misi sukar apabila berkunjung ke Stadium St. Andrew bagi menentang Birmingham City dalam saingan Liga Perdana England malam ini.
Ini kerana, skuad The Blues sedang menghadapi detik-detik sukar selepas beberapa pemain utama menga- lami kecederaan yang serius.
Selepas tewas mengejut 0-3 kepada Sunderland Ahad lalu, Ancelotti terpaksa menerima satu lagi kejutan yang hebat.
Ia gara-gara kecederaan misteri yang dialami kapten, John Terry se- hingga memaksa pemain pertahanan England itu berehat untuk tempoh sebulan.
"Saya terpaksa mengharungi segala dugaan ini. Saya tahu saya tidak akan cergas sepenuhnya untuk beraksi pada pertemuan menentang Birmingham," kata Terry.
"Masih belum ada tanda-tanda bila saya akan pulih sepenuhnya dan ia mungkin berlanjutan untuk tempoh seminggu ataupun sebulan."
Selain Terry, seorang lagi tonggak pertahanan Chelsea, Alex mengalami kecederaan lutut.
Alex perlu berehat untuk tempoh enam minggu selepas dia menjalani pembedahan baru-baru ini.
Tanpa kelibat dua tonggak tersebut, Ancelotti pastinya mempertaruhkan kepercayaan kepada Branislav Ivanovic dan Paulo Ferreira bagi mengetuai benteng pertahanan skuad kendaliannya itu.
Dalam masa yang sama, Ancelotti turut menghadapi situasi yang sama di bahagian tengah.
Frank Lampard terpaksa berehat untuk tempoh tiga minggu ekoran kecederaan pangkal paha manakala Michael Essien masih digantung dua perlawanan.
Jelas Ancelotti, penyerang Chelsea, Didier Drogba pula masih belum cergas sepenuhnya.
"Dia (Drogba) masih perlu menjalani latihan dan dia mengambil masa untuk kembali cergas sepenuh- nya.
"Tidak dinafikan dia telah bekerja keras untuk pasukan ini tetapi dia mudah berasa penat kerana tidak menjalani latihan sepenuhnya ketika dia sedang sakit."
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment