Saturday, November 20, 2010

Kem Liverpool tempang


Kem Liverpool dilihat tempang menjelang pertemuan menentang West Ham United dalam saingan Liga Perdana England di Anfield awal pagi esok.

Ia gara-gara kecederaan pangkal paha yang dialami kapten skuad The Reds, Steven Gerrard.
Gerrard, 30, mengalami kecederaan tersebut ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England yang tewas 1-2 kepada Perancis pada aksi persahabatan di Stadium Wembley, Khamis lalu.

Memburukkan keadaan, jurulatih kecergasan Liverpool, Darren Burgess mendakwa, Persatuan Bola Sepak
(FA) England melanggar perjanjian yang telah diperse- tujui sebelum ini.
Jelas Burgess, Gerrard sepatutnya dikeluarkan lebih awal pada pertemuan itu.
"Semua persatuan di England dan FA England sukar untuk mempercayai kecederaan yang dialami Gerrard. Secara terang-terangan melanggar perjanjian dan sejarah silam," kata Burgess.

"Mereka juga bersikap amatur dan kini kami terpaksa menanggung akibat daripada sikap tidak amatur mereka. Sudah tentu memalukan," jelasnya.
Dilaporkan, skuad The Reds kini ter- paksa melupakan khidmat Gerarrd untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga atau empat minggu sebelum pemain itu kembali pulih.

Tanpa kelibat Gerrard, Christian Poulsen dijangka akan diberi peluang untuk menera- jui jentera tengah selepas seorang lagi perancang, Lucas dikenakan hukuman gantung enam perlawanan.
Poulsen, 30, yang dibawa masuk dari Juventus tidak beraksi sejak kekalahan 1-2 Liverpool kepada Black- pool pada 3 Oktober lalu.

Selain, Gerrard, 'ayam tambatan' Liverpool, Fernando Torres juga masih belum pasti akan diturunkan ekoran masalah buku lalinya cedera manakala Dirk Kuyt pula masih dalam proses pemulihan untuk kembali pulih, juga kecederaan buku lali.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!