Monday, November 29, 2010

Mourinho mahu calar rekod Guardiola


MADRID - Real Madrid meletakkan harapan yang tinggi kepada Cristiano Ronaldo untuk menyaingi kehebatan penyerang Barcelona, Lionel Messi pada pertemuan El Clasico awal pagi ini.
Skuad bimbingan Jose Mourinho itu akan berkunjung ke Stadium Camp Nou untuk menebus kekecewaan selepas tewas kesemua empat perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Ketika ini, Real mengungguli kedudukan teratas liga dengan kelebihan satu mata di depan Barcelona.
Pertemuan El Clasico itu adalah yang pertama bagi Mourinho yang berazam untuk menebus kekecewaan ke atas Barcelona yang disingkirkan oleh bekas pasukan, Inter Milan pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Ia juga adalah yang pertama bagi Mourinho yang bertugas sebagai penterjemah di Barcelona di bawah bimbingan jurulatih Bobby Robson.
Mourinho juga berharap dia lebih bernasib baik berbanding dua bekas pengurus Real, Juande Ramos dan Manuel Pellegrini yang tewas kepada skuad bimbingan Pep Guardiola sebelum ini.


"Ia adalah menarik untuk kembali ke Barcelona bersama Chelsea dan Inter tetapi balik bersama Real akan menjadi lebih manis," kata Mourinho.
"Saya pernah menewaskan Barcelona ketika bersama Chelsea dan Inter. Kini, saya memimpin kelab yang besar iaitu Real. Kali ini, saya akan disambut sebagai musuh."

Untuk rekod, Real tidak pernah menewaskan Barcelona di Camp Nou sejak Disember 2007 apabila jaringan tunggal Julio Baptista memberikan kemenangan 1-0 kepada mereka.

Kemenangan terakhir mereka adalah pada Mei 2008 apabila Barcelona memberikan penghormatan kepada Real selaku juara di Stadium Santiago Bernabeu di mana mereka menang 4-1.
Sejak itu, Barcelona telah memenangi empat pertemuan berturut-turut di bawah bimbingan Guardiola yang berazam untuk mengekalkan rekod 100 peratus.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!