Tuesday, November 9, 2010

Pakaian Miley Cyrus jadi isu


BERLIN - Penyanyi terkenal, Miley Cyrus mencetuskan kontroversi lagi kerana dia memakai pakaian yang dianggap lebih dewasa daripadanya, lapor sebuah akhbar semalam.



Miley yang akan berumur 18 tahun tidak lama lagi memakai pakaian seperti bikini yang ketat semasa membuat persembahan untuk satu program televisyen di Jerman, Wetten pada Sabtu lalu.


Pelakon siri The Hannah Montana itu turut mendedahkan sebahagian besar tubuhnya di hadapan penonton sedangkan dia terkenal dengan imej bersihnya daripada sebarang skandal.


Baru-baru ini, ibu dan bapanya bercerai menyebabkan dia berhasrat untuk menghabiskan masa berkualiti bersama mereka semasa meraikan hari jadinya.


"Saya tidak akan menjadi gila-gila. Cuma berseronok dan mungkin bercuti bersama dengan keluarga," kata Miley.






.

3 Penyokong CHELSEA:

Budak Botak on November 9, 2010 at 1:23 PM said...

awak dh dpt anugerah kt cni --> http://budakbotak11.blogspot.com/2010/11/nice-blog-award.html

Lulu Caldina on November 9, 2010 at 2:12 PM said...

Wahhaha...
makaseh.....
nanti saya ambik..

Makbed on November 9, 2010 at 2:36 PM said...

suka miley cyrus yang bersuara rock. ekk. dan comel.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!