Tuesday, November 23, 2010

Penjaga kubur Arab Saudi sukar dapat jodoh


JEDDAH: Abu Wisam sudah berusia 49 tahun tetapi masih bujang. Beliau melamar ramai wanita untuk dijadikan isteri, malangnya semua lamaran itu ditolak.

Penolakan lamaran bukan kerana Abu Wisam tidak cukup sifat atau kurang tampan, sebaliknya berpunca daripada kerjaya beliau. Abu Wasim bekerja sebagai penjaga tanah perkuburan.

Tiada ibu bapa wanita yang dilamar Abu Wisam berasa selesa apabila mengetahui anak mereka bakal bersuamikan seorang lelaki yang bekerja menjaga kubur.

Keadaan ini menyebabkan Abu Wisam yang menjaga sebuah kawasan perkuburan di tengah Jeddah, terpaksa menimbang kemungkinan mencari kerja lain.

Masalah yang dialami Abu Wisam bukan isu terpencil. Ramai lelaki yang melakukan kerja buruh menghadapi situasi sama.

Akhbar harian Al-Watan melaporkan ramai lelaki terpaksa membujang, berikutan pandangan negatif masyarakat terhadap kerja yang mereka lakukan.

Saya mewarisi kerja ini daripada bapa saya. Tugas utama saya ialah mengawal kawasan perkuburan dan mengawasi pelawat, katanya sambil duduk di kerusi berhampiran pagar di kawasan perkuburan itu.
Beliau berkata, beberapa keluarga yang ditemui menolak pinangannya hanya kerana kerja dilakukan.

Anak perempuan mereka takut dengan lelaki yang menjaga kubur. Bagaimanapun saya berazam untuk meneruskan kerja ini. Saya tidak kisah apa akibatnya. Saya mungkin tidak menemui wanita muda yang bersedia menjadi pasangan hidup saya, katanya.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!