MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.
Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.
Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.
Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.
Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika
Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.
Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.
Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya.
.
13 Penyokong CHELSEA:
salam
tu la akak baca paper kelmarin..
tergelak sorg2...
kalau pun dia 'menang' dlm kes tuntuanyna..
apa yg dia boleh buat? nak pi duduk,buat ruamh kat matahari tu?
alahai manusia...
ehh2?? bule pulak cmtu?hak
aish..trok btol org ni..anta je dye tggl kt matahari..baru tau..:)
lulu nak daftar jadi pemilik tanah..
Biar semua org bayar sewa..ngee
Pokai laa
tahu... mmg nmpak dia mcm gila... tapi paham tak dia kata kalau kita guna cahaya matahari or apa2 yang berkaitan matahari..kita kena bayar kat dia.... WTF
Ade jugak orang macam ni.. macam-macam.. abis sape plak pemilik bumi..nanti caj kat die plak sebab duduk atas bumi..hahaha
Senang2 ja dia nk mengaku hak dia,hidup dkt dunia ni pon baru setahun jagung,apa lagi dia nk?laut,langit?
Hidup baru setahun jagung nk mgaku hak dia,lagi pa yg dia nk laut,langit xnk daftar hak dia ka?
Senang2 ja dia nk mengaku hak dia,hidup dkt dunia ni pon baru setahun jagung,apa lagi dia nk?laut,langit?
Senang2 ja dia nk mengaku hak dia,hidup dkt dunia ni pon baru setahun jagung,apa lagi dia nk?laut,langit?
Haaa kalau mcm tu, aku pila yg ingin mendaftar sebagai pemilik bumi. nanti2 sy ble kenakan dia balik hahaha
STUPID!!!itu miliknya Tuhan
Post a Comment