Monday, December 6, 2010

8 maut, 37 cedera kafe Internet meletup


BEIJING: Satu letupan disebabkan bahan kimia yang disimpan secara haram membunuh tujuh pengunjung kafe Internet dan mencederakan 37 yang lain, lapor media semalam.

Menurut agensi berita Xinhua, kejadian di bandar Kaili, Guizhou itu berpunca daripada sebuah kedai bersebelahan kafe Internet berkenaan yang terletak di bawah jambatan.

Lapan daripada mangsa yang cedera pula disahkan parah.
Menurut laporan Xinhua, enam daripada pengunjung terbunuh serta-merta, manakala seorang wanita disahkan mati ketika dirawat di hospital kerana kesan terbakar sangat serius.


“Pihak berkuasa sedang mengenal pasti mayat, termasuk seorang budak,” lapor agensi itu.

Sejumlah bungkusan berisi cairan pekat aluminum chloride dan sodium nitrite dikatakan disimpan dalam kedai berkenaan.

Bahan yang memang berbahaya itu diletakkan pada dinding yang memisahkan kedai itu dengan kafe Internet berkenaan.

Tidak dapat dipastikan bagaimana bahan itu terbakar. Jurucakap polis berkata, seorang lelaki ditahan kerana memiliki bahan berbahaya secara haram.


Turut disoal siasat pihak berkuasa adalah pemilik serta pengurus kafe Internet berkenaan.

“Letupan itu cukup kuat dan merosakkan kaca di beberapa bangunan berhampiran,” katanya.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!