BEGINILAH keadaan motosikal yang dinaiki dua beradik yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di Bukit Rambai, Melaka semalam. |
MELAKA – Keakraban dua beradik dibawa hingga ke mati apabila kedua-dua mereka maut dalam kemalangan selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tanjung Minyak, Bukit Rambai semalam.
Kejadian pukul 4.15 pagi itu mengakibatkan Muhammad Faiz Rosli, 17, dan Muhammad Faizal Rosli, 16, mati di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.
Difahamkan, Muhammad Faiz yang merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klebang di sini sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pegawai Turus Trafik Melaka Tengah, Asisten Supritendan Poonam A. E. Kling berkata, kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Bukit Rambai telah merempuh motosikal mangsa dari arah bertentangan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment