PERISTIWA kawad maut yang berlaku sekitar tahun 1943 hingga 1945 mungkin dipandang remeh oleh khalayak yang tidak melalui kisah itu. Realitinya, Kawad Maut Sandakan-Ranau telah mengorbankan 2,428 tawanan perang tentera bersekutu.
Hanya enam orang sahaja berjaya melepaskan diri.
Hakikat sebenarnya peristiwa tersebut merupakan yang terburuk dalam siri jenayah perang Jepun sewaktu perang Dunia Kedua yang berlaku di tanah air kita.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui secara mendalam kejadian tersebut kerana ia tidak tercatat dalam pelajaran Sejarah.
Astro atas rasa tanggungjawab terpanggil untuk menceritakan semula kisah itu dalam bentuk dokumentari dan drama bersiri demi untuk memberitahu umum berkenaan tragedi hitam tersebut.
Menurut Pengarah Dokumentari Suatu Ketika...Kawad Besi, Basir Siswo, cabaran dalam menghasilkan dokumentari itu terletak pada perolehan fakta kerana kejadian itu berlaku kira-kira 60 tahun lalu.
Katanya, dia juga perlu mencari mangsa dan ahli-ahli keluarga mereka yang terselamat untuk mendapatkan fakta yang sahih.
“Kajian dilakukan selama dua bulan malah kami terbang ke Brisbane, Australia untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci dari Muzium Perang Australia.
LAKONAN mantap pelakon muda, Munif Isa (baju hitam) dalam drama bersiri Suatu Ketika... Akinabalu. |
“Kami juga dapat menjejaki waris askar-askar yang masih hidup serta orang Dusun yang menyelamatkan mereka dan mereka menceritakan keadaan sebenar untuk mendapat gambaran lebih jelas,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran dokumentari itu di Restoran Borneo Rainforest, Subang Jaya baru baru ini.
Tambahnya, apa yang menarik cerita waris keluarga mangsa mengenai tindakan seorang anggota tentera Australia mengambil dua orang anak orang Dusun untuk dijadikan anak angkat.
Mereka kemudian dibawa menetap di Australia selama lapan tahun.
Bagi Khabir Bahtiar pula selaku pengarah untuk drama bersiri Suatu Ketika...Akinabalu, dia banyak bekerjasama dengan Basir untuk mendapatkat plot serta cerita dan ditambah dengan elemen percintaan untuk memberi suntikan dramatik.
Katanya, Akinabalu lebih fokus kepada kisah cinta salah seorang askar tempatan di situ.
“Walaupun kisah percintaan itu adalah sampingan, fakta tentang sejarah tragedi itu tetap menjadi asas utama Akinabalu,” ujarnya.
Jelasnya, cabaran bagi menghasilkan drama ini ialah ketika proses menghasilkan skrip yang menggabungkan fakta dan cereka agar ia tidak membosankan serta tidak lari daripada fakta.
Suatu Ketika...Akinabalu menampilkan pelakon, Dira Abu Zahar, Gavin Stenhouse, Aaron Aziz dan Munif Isa.
P/S - Dah tengok entry ini? [KLIK SINI]
.
1 Penyokong CHELSEA:
nape la tak tercatit dalam sejarah ek?
Post a Comment