Thursday, December 2, 2010

Bakal 'raja sehari' maut dirempuh


Mangsa dikatakan gagal berhenti ketika masuk simpang dilanggar bas ekspres

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kilang yang akan berkahwin awal tahun depan maut, manakala enam penumpang serta pemandu sebuah bas ekspres cedera dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Gong Beris, Marang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, Mohd Shahabudin Sudin, 24, dari Kampung Tasek Kubu, Pengkalan Berangan, Marang dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Chendering, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh bas ekspres dari arah Dungun ke pusat bandar raya.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Alias Hashim, berkata selepas merempuh motosikal berkenaan, bas ekspres itu terbabas dan melanggar dua tiang elektrik di bahu jalan sebelum terjunam ke semak dan terbalik.

ABDUL RAHMAN melakonkan semula bagaimana dia keluar selepas memecahkan cermin depan bas yang terbalik dalam kejadian di Kampung Pulau Kerengga, Marang

Katanya, bas ekspres yang dipandu Abdul Rahman Daud, 54, membawa 10 penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Kota Bharu dikatakan gagal mengawal kenderaan selepas motosikal ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan, membelok secara tiba-tiba ke kanan jalan untuk masuk ke simpang Gong Beris.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kegagalan mangsa berhenti memberi laluan kepada bas ekspres ketika masuk simpang terbabit sehingga menyebabkannya dirempuh bas berkenaan," katanya.

Sementara itu bapa Shahbudin, Sudin Solah, 72, berkata anaknya bakal melangsungkan perkahwinan Jun tahun depan.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!