NYON, Switzerland – Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho digantung satu perlawanan Liga Juara-juara kerana mengarahkan pemain supaya sengaja mendapat kad merah, agar mereka dapat menjalani penggantungan dalam satu perlawanan yang tidak penting.
Mourinho turut didenda 40,000 euro (RM164,851) kerana mengarahkan Xabi Alonso dan Sergio Ramos dibuang padang ketika kemenangan 4-0, minggu lalu ke atas Ajax. Alonso dan Ramos didenda 20,000 euro (RM82,426).
Mereka sudah pun dikenakan hukuman gantung untuk perlawanan berikut menentang Auxere dalam saingan peringkat kumpulan pada 8 Disember ini, tetapi, kelab itu akan memulakan pusingan kalah mati Februari depan dengan rekod bersih. Madrid sudah pun pasti memenangi Kumpulan G.
Mourinho juga boleh dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan, jika jurulatih dari Portugal itu didapati bersalah dalam tempoh tiga tahun atas apa yang UEFA (Kesatuan Bola Sepak Eropah) sifatkan sebagai ‘salah laku’.
Mourinho turut menafikan tuduhan itu, tetapi rakaman perlawanan menunjukkan dia secara terang-terangan memberi arahan dari bangku simpanan sebelum Alonso dan Ramos menerima kad kuning kedua kerana sengaja melambat-lambatkan perlawanan yang sedang berlangsung itu.
UEFA turut mendenda Real Madrid 120,000 euro (RM495,047), manakala penjaga gol Iker Casillas dan Jerzy Dudek didenda dengan jumlah yang lebih kecil kerana secara terang-terangan menghantar bola setelah menerima arahan Mourinho.
Mourinho mungkin dilarang menyertai perlawanan menentang Auxerre dan jurulatih itu serta Madrid mempunyai tiga hari untuk merayu bagi membantah keputusan tersebut.
Ini bukan kali pertama Mourinho dihukum oleh UEFA kerana insiden dalam Liga Juara-juara.
Sewaktu dia melatih Chelsea, UEFA telah mengenakan hukuman penggantungan terhadapnya dari tepi padang bagi dua perlawanan pada 2005, selepas dia menuduh jurulatih Barcelona, Frank Rijkaard menemui pengadil Sweden, Anders Frisk pada separuh masa dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment