Thursday, December 2, 2010

Beckham tidak bimbang bidaan England terjejas


ZURICH - David Beckham menyertai Perdana Menteri Britain, David Cameroon dalam satu perjumpaan dengan Sepp Blatter, kelmarin bagi memastikan bidaan England untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 tidak terjejas ekoran dakwaan rasuah yang didedahkan oleh BBC terhadap FIFA.

Menerusi sebuah rancangan televisyen terbitan BBC, Panorama yang disiarkan, Isnin lalu, telah membongkar satu bukti baru yang kononnya mengaitkan isu rasuah dengan sebuah badan sukan iaitu International Sports and Leisure (ISL).

Kata Beckham, selepas pertemuan dengan presiden FIFA, dia tidak bimbang yang tuduhan itu mampu menjejaskan peluang England untuk meraih undian, hari ini.
"Kami telah menjelaskan kepadanya dan dia sendiri sedia maklum jika kami mendapat hak penganjuran Piala
Dunia pada 2018, media kami sudah tentu akan berada di belakang kami," kata Beckham kepada pemberita.
Selain England, negara lain yang turut membida sebagai pengajur 2018 ialah Sepanyol-Portugal, Rusia dan Belanda-Belgium.

Pembongkaran yang dilakukan melalui program Panorama itu mendedahkan tiga pegawai eksekutif iaitu Ricardo Teixeira dari Brazil yang juga penganjur Piala Dunia 2014, Presiden Konfederasi Bola Sepak Afrika, Issa Hayatou dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan, Nicolas Leoz menerima rasuah daripada ISL untuk memenangi kontrak yang menguntungkan.

Hayatou bagaimanapun, menafikan dakwaan itu dalam satu temu bual dengan Reuters, kelmarin dan berkata, rancangan televisten tersebut telah membuat tuduhan palsu.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!