ASRI (kiri) bersama Aminah menunjukkan lokasi Muhammad Nadzri lemas selepas terjatuh ke dalam perigi di Kampung Badong Dalam, Merchong, Pekan |
Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan Muhammad Nadzri Asri mati selepas dia dikatakan terjatuh ketika sedang bermain-main berdekatan kawasan tersebut yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya.
Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, ibu mangsa tidak menyedari kejadian itu kerana sedang leka menjahit pakaian di dalam rumah.
“Bagaimanapun, dia yang risau selepas tidak mendengar suara anaknya telah keluar untuk mencarinya. Dia kemudian terkejut apabila menemui kanak-kanak itu telah terjatuh ke dalam perigi yang mempunyai kedalaman satu meter itu sebelum membawanya ke Klinik Desa Kampung Merchong,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment