Friday, December 31, 2010

Chelsea sudah kembali



Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti yakin skuad kendaliannya itu kembali ke landasan sebenar untuk mempertahankan trofi Liga Perdana England yang dimenangi musim lalu.
Awal pagi semalam, skuad The Blues berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Bolton Wanderers di Stamford Bridge.

Kemenangan itu merupakan yang pertama dicatat anak-anak buah Ancelotti selepas tewas enam perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Pada pertemuan dengan Birmingham itu, Florent Malouda muncul wira Chelsea apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-61.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Chelsea melonjak ke tangga keempat liga apabila mengumpul 34 mata, empat mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Bagi Ancelotti, kekalahan mengejut yang dialami kelab-kelab teratas liga sebelum ini telah membuka semula peluang buat mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

"Saingan musim ini adalah yang paling sukar kerana setiap kelab mampu memberikan tentangan yang hebat kepada kelab lain.

"Kamu sendiri lihat, Arsenal sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan Wigan (Athletic)).
"Ia sekali gus menunjukkan bahawa kejuaraan mutlak masih lagi belum boleh ditentukan ketika ini.
"Bagi kami (Chelsea), apa yang lebih penting adalah terus kekal fokus terhadap baki perlawanan yang perlu diharungi selepas ini," jelas Ancelotti.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!