Friday, December 17, 2010

Jolie dan Brad Pitt Akan Kahwin di India?


Khabar perkahwinan pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt kembali kedengaran. Pasangan ini bercadang merasmikan hubungan mereka ke alam perkahwinan. Keduanya ingin mengadakan acara perkahwinan di India.

Pasangan ini dikhabarkan akan mengadakan perkahwinan pada tahun depan dalam upacara Hindu. Perkahwinan ini akan dilakukan di sebuah pusat penyembuhan di India.

Menurut pejabat daerah, seperti dipetik dari Telegraph, Jumaat 17 Disember 2010,  pasangan ini akan tiba di India dan merayakan malam tahun baru di sana dan setelah itu mempersiapkan perkahwinan mereka.

Rancangan perkahwinan pasangan ini memang sudah kedengaran sejak lama. Tetapi, keduanya tidak pernah membicarakan secara terbuka soal tersebut.

Beberapa waktu lalu, pernah tersiar khabar mereka memutuskan berkahwin atas permintaan anak-anak, terutama anak lelakinya, Maddox. Anak berusia 9 tahun ini merayu kepada Pitt agar segera menikahi ibunya.

Jika benar pasangan yang terkenal ini akan berkahwin tahun depan, maka perkahwinan ini akan menjadi yang kedua bagi Pitt dan yang ketiga untuk Jolie. Sebelum menjalin hubungan dengan Jolie, Pitt pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Aniston sedangkan artis berbibir seksi itu pernah berkahwin dengan Jonny Lee Miller dan Billy Bob Thornton.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!