Monday, December 13, 2010

Jual murah pun boleh untung

ORANG ramai tidak putus berkunjung ke kedai milik Sinah untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman
di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini.

Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1.

Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut.

“Selain minuman, saya juga menjual lebih 50 jenis makanan pada harga murah. Sebagai contoh, karipap dijual RM1 untuk lima biji sedangkan di tempat-tempat lain mungkin tiga biji kuih berharga RM1,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sinah memberitahu, walaupun dia menawarkan harga minuman dan makanan pada harga murah, dia masih mampu meraih keuntungan dan membayar gaji empat pekerjanya.


P/S - Mesti sedap ni..Biasanya, ada orang tu, biar murah, kalau tak sedap. tak nak juga beli..








.

1 Penyokong CHELSEA:

Nurdiyana Yaccob on December 13, 2010 at 12:02 PM said...

berniaga mcm mana sekali pun mst dpt untung punya...cuma samada peniaga tu nk dpt untg byk atau skit, sbb tu yg up harga bkn main lagi....bagus makcik nih...tak tamak pun...tp msh bleh berjaya.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!