Monday, December 13, 2010

2 beg berisi mayat gadis dikerat lima

Dua pemburu cicak Gecko lihat kaki dalam beg terjulur


BENTONG: Mayat seorang gadis dikerat lima ditemui dalam dua beg berasingan di tepi jalan menuju pusat peranginan dekat sini, petang kelmarin

Mayat mangsa ditemui dua pemburu cicak Gecko setelah terlihat kaki manusia terjulur keluar dari sebuah beg pakaian kira-kira jam 5 petang dan selepas diperiksa mengandungi tangan kanan dan kaki kiri. Pemeriksaan polis di kawasan sekitar kemudian menemui sebuah lagi beg pakaian bersaiz besar kira-kira 12 meter daripada penemuan beg itu mengandungi badan dan kepala mangsa. Bagaimanapun, tangan kiri dan kaki kanan mangsa tidak ditemui.

Mayat mangsa dipercayai belasan tahun itu ditemui berpakaian lengkap, berambut kerinting serta kepala agak besar dan tangan kanan bersaiz kecil dipercayai orang kurang upaya.

Mangsa tiada pengenalan diri dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di situ kira-kira dua hari lalu berdasarkan kesan lebam pada tubuh mangsa dan keadaan mayat sudah berbau.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata pihaknya sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan dan meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga menghubungi balai polis berhampiran.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Komisioner Yusof Unis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222 atau balai polis berhampiran.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan seksual pada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, mayat seorang lelaki berusia 30-an ditemui di tepi Lebuh Raya Karak di kilometer 46.8 berhampiran susur masuk ke Berjaya Hill Resort di sini dengan kesan tembakan di kepala dan belakang badan.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian itu ditemui seorang pemandu bas ekspres yang melalui lebuh raya itu kira-kira jam 3 petang semalam setelah bas yang dipandunya mengalami kerosakan.

Siasatan awal polis mendapati terdapat tatu harimau di belakang dan depan badan mangsa yang dipercayai mati kira-kira 36 jam lalu.

Rosli berkata, mangsa yang tidak mempunyai identiti itu dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak di situ.

Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang terlihat kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Yusof atau balai polis berhampiran.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!