Friday, December 3, 2010

Keranda penembak John F. Kennedy dilelong

Lee Harvey Oswald
LOS ANGELES - Sebuah keranda yang pernah menempatkan mayat Lee Harvey Oswald yang merupakan penembak Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy pada 22 Novermber 1963 mulai dilelong kepada orang ramai, kata pihak pengurusan Rumah Lelongan Nate D Sanders kelmarin.

Pengurus rumah lelongan itu, Laura Yntema berkata, lelongan tersebut akan berakhir pada 18 Disember depan.

Harga pembukaan untuk lelongan itu ialah AS$1,000 (RM3,100).


Keranda yang diperbuat daripada kayu pine itu rosak akibat terkena air selepas 18 tahun diletakkan di bawah tanah sebelum kubur Oswald digali semula pada 4 Oktober 1981.

Sebelum ini terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa terdapat mayat ejen Kesatuan Soviet (kini Rusia) yang mempunyai wajah sepertinya dikebumikan dalam kubur Oswald.

Namun, mayat yang digali semula itu disahkan Oswald yang kemudiannya diletakkan ke dalam keranda lain.
Oswald mati ditembak dua hari selepas dia menembak Kennedy.
Mayat Oswald dikebumikan pada 25 November 1963.


Dia ditembak mati oleh Jack Ruby yang di bawah pengaruh dadah di ibu pejabat polis Dallas.

"Kami telah mendapati ramai pelanggan yang berminat dan ia merupakan lelongan pertama seumpamanya di pasaran, keranda tersebut diperbuat daripana pokok pine yang biasa. Keranda itu berada dalam keadaan usang tetapi ia mudah diperbaiki," kata Yntema



P/S - Korang berminat nak beli? ngee....




.

3 Penyokong CHELSEA:

MIMIE AIZA on December 3, 2010 at 4:28 PM said...

ada ke orang nak beli ??

MIMIE AIZA on December 3, 2010 at 4:33 PM said...

ada ke orang nk beli ??

Lulu Caldina on December 5, 2010 at 1:53 AM said...

mesti ada..eh peliklah..adoi..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!