Tuesday, December 14, 2010

Liz mengaku sudah berpisah

Liz dan Warne

LONDON: Pelakon dan peragawati Liz Hurley memberitahu dia sudah berpisah daripada suaminya sejak beberapa bulan lalu. Liz mendedahkan perkara itu malam tadi beberapa jam selepas hubungannya dengan legenda kriket Shane Warne terbongkar.
Liz memberitahu peminatnya di Twitter dia sudah berpisah daripada suaminya, Arun Nayar, seorang taikun India.

Liz mengeluarkan kenyataan itu selepas laporan mengenai kecurangannya bersama bintang kriket Australia itu didedahkan, semalam. Liz, 45, memberitahu: “Hari ini bukan hari yang baik. Saya dan suami, Arun sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu. Keluarga dan rakan terdekat kami tahu mengenai perkara ini.


Liz membuat pengakuan yang mengejutkan itu selepas gambar dia berkucup dengan Warne, 41, di sebuah hotel dan restoran eksklusif di London minggu lalu didedahkan. Pasangan itu bertemu lagi selepas saling bertukar mesej di Twitter untuk beberapa bulan ekoran pertemuan di perlumbaan Goodwood di West Sussex Julai lalu.

Keluarga Arun berkata, jutawan itu tertekan dengan cara berita mengenai perpisahan mereka terbongkar.

Pasangan itu berkahwin pada 2007 tetapi dalam tempoh setahun terdapat spekulasi menyatakan Arun semakin bosan dengan cara kehidupan Liz yang suka berpesta dan bersosial.

Dulu....Arun dan Liz

Berita mengenai keretakan hubungan mereka sudah tersebar beberapa bulan lalu apabila Arun lebih banyak menghabiskan masa dengan perniagaannya di luar negara dan kediaman keluarganya di Mumbai, India.

Liz yang melakonkan watak Vanessa Kensington dalam filem Austin Powers dikatakan pulang ke kediamannya di London bersama anak lelakinya, Damian, 8. Arun, 46, pula dilihat di kediaman ladang pasangan itu di Cotswolds.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!