Tuesday, December 21, 2010

Mainan perlu sijil mulai Februari


Mulai 1 Februari ini, pengimport dan pengilang lebih 200 juta alat permainan kanak-kanak di negara ini perlu memiliki sijil standard Malaysian Conformity (MC) sebagai bukti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Timbalan menterinya, Datuk Tan Lian Hoe, berkata pada tarikh berkenaan juga pihaknya akan menyita semua alat permainan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan itu.
“Oleh itu, kami meminta pengilang dan pengimport supaya menarik balik produk mereka di pasaran secara berperingkat untuk menjalani ujian makmal yang diuruskan Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia).
“Pihak terbabit perlu mematuhi tujuh syarat dari Standard Malaysia bagi memastikan setiap produk yang terdapat di pasaran selamat. Pihak kementerian tidak akan berkompromi sekiranya mereka tidak mematuhi syarat ditetapkan.

“Pada tarikh itu juga kita berharap pengguna dapat membuat aduan kepada kementerian jika alat permainan yang dibeli tidak mempunyai tanda MC, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Keselamatan Barang Pengguna, di sini, semalam.

Lian Hoe berkata, mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun melalui Seksyen 25, Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Katanya, pertubuhan pula akan dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on December 21, 2010 at 11:03 AM said...

dengar kat brita smalam jer trus check toys2 kat umah...satu pun blom ader...huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!