Thursday, December 16, 2010

Padah anak main mancis



HULU BERNAM: “Saya terperanjat apabila seorang jiran memberitahu nampak api marak dari ruang tamu rumah saya.
“Namun, saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat,” kata Arip Semangkan, 45, mangsa kebakaran di Kampung Orang Asli Serigala, di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 6 petang ketika dia berehat bersama isteri, lima anak, dua menantu dan empat cucunya di hadapan rumahnya.

Katanya, ketika itu anak lelaki bongsunya berumur lima tahun berada di ruang tamu bersendirian. “Saya berlari menyelamatkan anak bongsu ketika api menjulang tinggi dari atap rumah papan,” katanya. Menurutnya, dia mempercayai kejadian berpunca daripada api mancis yang dihidupkan anaknya di ruang tamu. Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu tiba kira-kira jam 6.20 petang untuk mengawal api daripada merebak ke rumah jirannya.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!