Thursday, December 16, 2010

Suami maut langgar anjing

REDA...Siti Sarah (kanan) menyiram air di pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, semalam. gambar kecil, Mazli.

BUKIT BERUNTUNG: “Saya sebak dan terkejut melihat suami maut apabila motosikalnya melanggar anjing liar,” kata Siti Sarah Nordin, 34, menceritakan kemalangan ngeri menimpa suaminya, Mazli Mo’min, 38, kira-kira jam 7.15 pagi semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku berdekatan Kampung Kuantan, Batang Kali, ketika suaminya dalam perjalanan dari Bukit Beruntung untuk menghantarnya bekerja di Kampung Kuantan.

Katanya, dalam perjalanan itu, suaminya tidak dapat mengawal motosikal ditunggangnya apabila seekor anjing melintas.

“Arwah melanggar anjing itu dan tercampak ke bahu jalan. Kepalanya terhantuk ke jalan dengan kuat. Dia tidak dapat diselamatkan apabila berlaku pendarahan yang banyak di kepala.

“Saya hanya menangis memapah arwah yang terkulai tengkuk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seroja 3, Bukit Sentosa.

Menurutnya, arwah dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) 30 minit selepas kejadian dengan kerjasama penduduk kampung berdekatan.

“Arwah seorang suami yang baik, penyayang dan sentiasa menyayangi dua anak, Masturina, 12 dan Mursyidah Syahmina, 10. Dia bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat swasta di Ampang, Selangor,” katanya.

Katanya, jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, jam 3.20 petang.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!