Friday, December 3, 2010

RON95 Naik 5 Sen Kepada RM1.90 Seliter


Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Harga sebelum ini adalah pada paras RM1.85.

Dalam pada itu harga LPG dan gula akan naik sebanyak 5 sen dan 20 sen sekilo.

Bagaimanapun harga minyak diesel akan kekal pada paras yang ada sekarang iaitu RM1.80 seliter. Harga baru LPG dan gula pula kini berada pada paras RM1.90 dan RM2.10 sekilogram mulai sekarang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, kenaikan harga ini merupakan sebahagian daripada gelombang kedua dalam program rasionalisasi subsidi yang diambil oleh kerajaan.

Harga RON95 dan diesel telah dinaikkan sebanyak 5 sen seliter sementara gula dan LPG dinaikkan 25 sen dan RM10 pada 16 Julai lalu sewaktu pelaksanaan gelombang pertama program rasionalisasi subsidi.
Langkah ini telah menjimatkan kos subsidi kerajaan kepada RM779 juta. Kata Idris, gelombang kedua ini akan membantu mengurangkan kos subsidi kerajaan sehingga RM1.18 bilion.

Idris menambah, penjimatan itu akan membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang lebih dalam membangunkan rangkaian pengangkutan bandar dengan lebih baik, rancangan infrastruktur asas luar bandar serta jalan raya, pendidikan dan program membanteras jenayah.

Beliau menjelaskan, kenaikkan tersebut adalah paling minima.

“Kerajaan berpendapat, langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat,” ujarnya kepada para pemberita dalam taklimat berhubung gelombang kedua program rasionalisasi subsidi di sini, Jumaat.




.

3 Penyokong CHELSEA:

Syafiq Rosli on December 4, 2010 at 12:54 AM said...

haish..ape la..asyik naik je..

Anonymous said...

ohoo....thanx 4 this info...x baca / tgk berita...sok nak isi minyak sure dah kena up skit duit nak isi minyak kete...

Lulu Caldina on December 5, 2010 at 1:51 AM said...

itulah..asyik naik jer..pendapatan tak pandai naik..susah..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!