Friday, December 31, 2010

Setahun sorok mayat anak

Latisha

Seorang wanita Indiana didakwa selepas memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia memberi anaknya memakan minyak zaitun dan cuka sehingga kanak-kanak itu berhenti bernafas dan meninggal dunia sebelum menyembunyikan mayat anaknya selama lebih setahun.
Menurut dokumen mahkamah, Latisha Lawson menghadapi tuduhan jenayah kerana membunuh dan mengabaikan anaknya.


Keputusan DNA untuk memastikan sama ada mayat yang ditemui pada 21 Disember lalu di kediaman Latisha ialah anaknya, Jezaih King yang berusia tiga tahun masih belum diketahui.
Pihak berkuasa berkata, Latisha memberitahu mereka, dia memberi anak lelakinya memakan minyak zaitun dan cuka serta menutup mulut kanak-kanak itu sehingga dia berhenti bergelut. Latisha yang tidak diwakili peguam bela kini ditahan di penjara.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!