DENGAN hati yang cukup membara, Simon Cowell yang merupakan bekas juri program American Idol terpaksa membayar denda hampir RM500 gara-gara membawa masuk 10 kotak arak jenama Sapporo ketika mengunjungi Barbados baru-baru ini.
Menurut salah seorang petugas lapangan terbang, barangan yang dibawa Simon itu melebihi had dan dia harus membayar denda berkenaan atau arak tersebut akan disita.
"Perkara yang membuatkan Simon marah adalah dia sudah pun membayar cukai ke atas arak berkenaan ketika berlepas dari England dan harganya juga sangat mahal kerana ia diimport dari Jepun.
"Arak tersebut tidak dijual di negara ini dan mungkin sebab itu Simon menyangka tidak timbul sebarang masalah. Memandangkan dia tidak mahu merosakkan percutiannya, dia akhirnya membayar denda tersebut," ujarnya.
Menurut sumber itu lagi, wang sebenarnya tidak menjadi masalah buat Simon tetapi dia berasa amat kecewa kerana terpaksa berhadapan dengan keadaan sebegitu ketika hendak merayakan Krismas di negara berkenaan.
Dikhabarkan, Simon mulai suka meminum arak jenama Sapporo setelah merasa kelainan yang luar biasa ketika menikmatinya. Malah, ketika ini dia dikatakan bercuti di sebuah resort yang mengenakan sewa RM48,000 semalam.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment