Sunday, December 26, 2010

Terkandas menjelang Krismas


Suasana menjelang Krismas bertukar menjadi kelam-kabut apabila beribu-ribu orang terkandas di sebuah lapangan terbang utama di sini kelmarin selepas ratusan penerbangan dibatalkan berikutan cuaca sejuk di bawah paras beku dan salji tebal yang turun di serata Eropah.

Kira-kira 400 penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Roissy dan Charles de Gaulle telah dibatalkan dengan penerbangan di Belgium dan Jerman turut terjejas.

Keadaan diburukkan lagi apabila ramai orang terpaksa menangguhkan perjalanan mereka disebabkan suhu sejuk beku dengan kebanyakan jalan raya di barat Eropah dilitupi salji.
Sekitar 2,000 orang terpaksa dipindahkan dari Terminal 2E Lapangan Terbang Charles de Gaulle selepas salji melitupi bumbungnya.


Sebelum ini, struktur berkenaan pernah runtuh pada Mei 2004 yang mengorbankan empat orang.
"Saya teramat letih sehingga saya tidak bertenaga lagi untuk marah," kata seorang wanita Perancis, Zoe Stephanou, 45.

"Penerbangan saya ke Milan, Itali sudah dua kali dibatalkan. Kali pertama ia dibatalkan, adalah ketika salji masih belum turun," tambahnya.

Di Belgium pula, pengendali perkhidmatan kereta api negara itu, Infrabel menyatakan, kebanyakan tren tergendala teruk selepas ramai kakitangan kereta api tidak dapat pergi ke tempat kerja kerana jalan raya dilitupi salji.

Di lapangan terbang utama Belgium di Brussels, cuma sebuah landasan boleh digunakan menyebabkan banyak penerbangan tertunda manakala kementerian pertahanan terpaksa menyediakan katil tentera kepada para penumpang yang terkandas.


Sementara itu, kesesakan turut berlaku di lapangan-lapangan terbang di Ireland, Britain Denmark serta Jerman.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!