Wednesday, December 1, 2010

Trak tersangkut di celah dahan pokok


BANDAR EVANS, Pennsylvania - Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan tali dan tangga bagi membantu menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di dalam traknya yang tersangkut di celah dahan sebatang pokok kelmarin.

Pihak polis menjelaskan bahawa wanita itu, Dana Bowser berusia 33 tahun akan disaman kerana memandu laju dekat bandar Evans di barat Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) kira-kira 40 kilometer dari utara Pittsburgh.

Polis negeri memberitahu bahawa wanita itu telah hilang kawalan di lebuh raya Connoquenessing Creek dan polis diberitahu beliau bahawa jalan tersebut licin kerana diselaputi ais.


Anggota-anggota penyelamat menyatakan, Bowser sedar dan boleh berkomunikasi ketika diselamatkan dan dia tidak panik selepas kemalangan itu.

Bowser seterusnya dihantar ke sebuah hospital kerana cedera ringan.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!